Porsche pernah hampir menghasilkan pengganti 918, enjin flat-8, 750 hp, 1000 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas produksi Porsche 918 Spyder bernadikan enjin V8 plug-in hybrid berakhir pada tahun 2015, terdapat sebuah model kereta yang sedang dibangunkan oleh Porsche bagi menggantikan model 918 itu tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, projek tersebut akhirnya tidak diteruskan.

Hal ini didedahkan sendiri oleh pengurus projek eFuels Porsche Marcos Marques ketika ditanya kenapa Porsche memberikan lampu hijau untuk model Cayman bernadikan enjin flat-4 oleh laman The Intercooler.
 

918


Menurut Marques, idea yang asal adalah untuk menghasilkan enjin flat-8 untuk sebuah kereta yang sangat berbeza.

Idea tersebut kemudian berkembang menjadi sebuah kereta eksperimen penuh dengan menggunakan casis Cayman, dipadankan dengan enjin 5.0 liter flat-8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 750 hp dan 1,000 Nm!

Bukan itu sahaja, enjin tersebut mempunyai garis merah sehingga 9,000 rpm yang digandingkan dengan kotak gear manual.
 

918


Marques menyebut, "ia merupakan sebuah kereta yang gila, dengan bunyi yang menakjubkan."

Apa yang menarik, Porsche turut menguji sendiri keupayaan jentera flat-8 tersebut di jalan raya berdekatan Weissach dalam tempoh lebih satu tahun sebelum membuat keputusan untuk menghentikan pembangunan projek tersebut.

Jelas Marques, Porsche pada ketika itu berpendapat "ia bukanlah kereta yang sesuai untuk masa itu.

"Kami merupakan sebuah syarikat kejuruteraan, dan kami sentiasa mencari jawapan baharu, penyelesaian yang berbeza dan kadang-kala jawapan tersebut tidak diperlukan pada masa itu.
 

918


"Namun, itu semua sebahagian daripada proses kejuruteraan, dan itu yang menjadikan Porsche unik sebagai sebuah syarikat kereta."

Pengganti kepada Porsche 918 Spyder dikatakan akan muncul, disebabkan CEO-nya Oliver Blume pernah menyebut "hypercar merupakan sebahagian daripada strategi Porsche", namun ia mungkin tidak akan dilancarkan sebelum tahun 2025.

Sumber: The Intercooler

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…