Porsche Panamera Turbo 2021 facelift kini kereta eksekutif terpantas di Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa minggu sebelum pengenalan rasmi, Porsche mendatangkan satu kejutan dengan mencatatkan masa terpantas di Litar Nurburgring, bukan dengan model 911, akan tetapi Porsche Panamera Turbo!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model facelift Panamera Turbo kini menjadi sedan (ikut kata Porsche) eksekutif terpantas di Nordschleife, dengan catatan masa 7:29.81 dengan menggunakan khidmat Lars Kern pada 24 Julai yang lalu.

Menurut Kern, Porsche membawakan perubahan terhadap casis dan juga trenkuasa, di mana perubahan tersebut amat disedari terutama ketika mengelilingi trek sepanjang 20 km itu.

 


"Terutama di seksyen seperti Hatzenbach, Bergwerk atau Kesselchen, tetapan baharu penstabilan olengan elektromekanikal sistem PDCC ini adalah terbukti berkesan, memberikan Panamera kestabilan terutama di atas permukaan yang beralun," ujar beliau lagi.

Sebagai perbandingan, Porsche Panamera Turbo 2021 adalah lebih pantas 13 saat berbanding catatan yang pernah dilakukan sebelum ini pada tahun 2016 (7:38.46).

 


Porsche Panamera 2021 akan dilancarkan pada akhir bulan ini dengan beberapa perubahan seperti unit lampu yang direka semula, diffuser baharu, manakala tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 yang digunakan pada catatan masa kali ini akan ditawarkan sebagai opsyen.

Dari segi kuasa, Panamera Turbo akan didatangkan dengan nadi 4.4 liter turbo berkembar bentangan V8, di mana tetapan yang terdapat pada model terdahulu mampu menjana sehingga 542 kuasa kuda dan 770 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…