Porsche Panamera 2021 rasmi dilancarkan - enjin V6, 330 PS/450 Nm, bermula dari RM1,026,735

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance baru-baru ini melancarkan secara rasmi Porsche Panamera 2021 facelift untuk pasaran Malaysia yang didatangkan dalam varian tunggal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian yang dimaksudkan itu merupakan varian aras mula yang didatangkan dengan nadi bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar yang menghasilkan 330 PS dan 450 Nm (1,800 - 5,000 rpm), serta gandingan sistem transmisi klac berkembar PDK lapan nisbah kelajuan.

Padanan ini membolehkan Porsche Panamera memecut sepantas 5.4 saat dari sifar ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 270 km/j walaupun mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa.

 


Untuk memastikan pengendalian yang lebih sporti dan selesa, Porsche telah mengoptimasikan beberapa aspek seperti penyerap hentak adaptif dengan Porsche Active Suspension Management (PASM), penstabilan olengan elektronik, sistem stereng elektromekanikal serta cagak enjin dan gandar.

Sistem pemberhentian Panamera ini juga lebih ringan namun memiliki daya tahan daripada sebarang deformasi, terdiri daripada angkup aluminium monobloc enam omboh dan rotor 350 mm di hadapan, serta angkup aluminium monobloc empat omboh dengan rotor 330 mm di bahagian belakang.

 


Porsche Panamera menggunakan tayar generasi baharu bersaiz 265/45 ZR 19 di hadapan dan 295/40 ZR 19 di belakang menggunakan kompaun getah yang lembut akan tetapi menawarkan kadar rintangan golekan yang rendah, serta memberikan keseimbangan antara pemanduan sporti dan selesa.

Selain daripada rim bersaiz 19 inci, Porsche turut menawarkan sehingga 10 rekaan rim terbaharu, terdiri daripada saiz 20, 21 inci, serta rim 21 inci Exclusive Design.

Penampilan luaran Porsche Panamera menampilkan identiti unik dan tersendiri, seperti contoh bahagian hadapan Sport Design dengan gril kemasukan udara yang menonjol, liang kemasukan udara sisi yang besar, serta bar lampu tunggal terbina sementara bahagian belakang Panamera ini menempatkan unit lampu LED yang dihubungkan dengan bar LED yang panjang.

 


Kemasan sporti turut dibawakan pada ruang kabin yang menampilkan penggunaan bahan bergred tinggi, sesuai dengan statusnya sebagai kenderaan eksekutif, serta penggunaan roda stereng serba baharu yang menyerupai unit yang digunakan pada jentera perlumbaan.

Porsche Panamera menawarkan ciri keselamatan termaju termasuklah Bantuan Kekal Laluan, sistem pengecaman papan tanda, Bantuan Penglihatan Malam, Bantuan Penukaran Laluan, lampu utama matrix LED, Bantuan Parkir, Sistem Pandangan Keliling, serta paparan head-up.

Buat pertama kalinya, aplikasi Porsche Connect tersedia untuk Porsche Panamera di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan dalam talian yang lebih meluas, meletakkan Panamera satu posisi yang unik di dalam segmennya.

 


Harga jualan Porsche Panamera 2021 facelift ini bermula dari RM1,026,735 setelah pengecualian cukai SST.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini dua lagi model iaitu Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera 4S E-Hybrid diperkenalkan, sekaligus…
Berita Global
Ia sebenarnya satu perkara yang sudah dijangka, memandangkan permintaan terhadap bentuk badan wagon…
Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…