Porsche Panamera 10 Years Edition - ulang tahun ke-10 sedan mercu dari Porsche

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Panamera merupakan antara langkah berani yang diambil oleh syarikat pengeluar yang berpengkalan di Stuttgart, Jerman selepas memperkenalkan model-model SUV Cayenne dan Macan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, asas sebuah Panamera adalah sedan mewah bersaiz penuh, empat pintu dan dengan enjin yang diposisikan di bahagian hadapan sudah pasti mengecewakan para peminat 'sejati' Porsche. 

Namun, keberanian Porsche inilah menjadikan ia sebuah sedan bersaiz penuh yang lebih banyak dijumpai di atas jalan raya, selain daripada adik beradik SUV-nya itu. 
 


Bagi meraikan ulang tahun yang ke-10 semenjak penampilan pertama Porsche Panamera ke dunia, Porsche telah mengumumkan versi peringatan yang dinamakan sebagai Porsche Panamera 10 Years Edition

Porsche Panamera 10 Years Edition ini didatangkan dalam kemasan warna hitam berkilat serta ruang arca roda yang dihiasi rim Sport Design bersaiz 21 inci berwarna White Gold Metallic dan lengkap dengan logo Panamera 10 pada sisi pintu hadapan. 
 


Kesemua varian Porsche Panamera 10 Years Edition didatangkan lengkap dengan barangan standard seperti:

  • ParkAssist dengan Surround View
  • Lampu LED Matrix
  • PDLS Plus
  • Bantuan Tukar Laluan
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Tempat duduk boleh laras 14 cara, dengan kemasan Porsche pada perehat kepala
  • Sistem bunyi keliling Bose Surround Sound System
  • Sistem suspensi udara adaptif dengan Porsche Active Suspension Management
  • Power Steering Plus

Manakala bagi mereka yang memilih model hibrid Panamera 4 E-Hybrid 10 Years Edition pula akan menerima peralatan opsyen pengecas 7.2 kW sebagai ciri standard berbanding pengecas 3.6 kW yang biasa didatangkan. 
 


Dari segi kuasa pula, Porsche Panamera 10 Years Edition didatangkan dengan enjin V6 3.0 liter turbo yang mampu menjana 330 kuasa kuda, manakala varian Panamera 4 E-Hybrid pula hadir dengan enjin 2.9 liter V6 turbo berkembar yang menghamburkan 457 kuasa kuda. 

Harga jualan Porsche Panamera 10 Years Edition adalah seperti berikut: 

  • Panamera 10 Years Edition - $103,300 (RM432,566)
  • Panamera 4 10 Years Edition - $107,500 (RM450,153)
  • Panamera 4 E-Hybrid 10 Years Edition - $116,900 (RM489,515)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini dua lagi model iaitu Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera 4S E-Hybrid diperkenalkan, sekaligus…
Berita Global
Ia sebenarnya satu perkara yang sudah dijangka, memandangkan permintaan terhadap bentuk badan wagon…
Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…