Porsche Mission R - konsep jentera lumba elektrik 1,088 PS

oleh Mohamad Hanif|
Mengambil peluang bersempena acara IAA di Munich, Jerman, Porsche membawakan sebuah model konsep jentera lumba berkuasa elektrik yang digelar sebagai Porsche Mission R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi dimensi, Porsche Mission R memiliki ukuran yang lebih pendek berbanding 718 Cayman, dengan ukuran sepanjang 4,326 mm, 1,990 mm lebar dan 1,190 mm tinggi.

Porsche Mission R menampilkan sistem pacuan semua roda, dengan motor elektrik berkembar, di mana gandar hadapan menampilkan motor berkuasa 435 PS sementara gandar belakang pula berkeupayaan sehingga 653 PS.
 

Porsche


Secara keseluruhan, Porsche Mission R mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,088 PS dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang 2.5 saat dan kelajuan tertinggi 300 km/j.

Namun untuk tujuan perlumbaan, Porsche Mission R berupaya menghasilkan kuasa malar 680 PS, terima kasih kepada sistem penyejukan minyak inovatif bagi mengelakkan output bateri berkurangan disebabkan kondisi haba.
 

Mission R


Kapasiti bateri pula adalah sekitar 80 kWh, namun dengan sokongan teknologi 900 voltan dan Porsche Turbo Charging, tempoh 15 minit sudah cukup untuk pengecasan dari 5 hingga 80 peratus kapasiti bateri.

Selain daripada itu, Porsche Mission R juga turut menampilkan sistem aerodinamik aktif (Porsche Active Aerodynamics, PAA) dengan sistem pengurangan seretan (Drag Reduction System (DRS) pada bahagian hadapan dan sayap belakang.

Binaan badan jentera ini memfokuskan kepada kelestarian serta pengurangan pelepasan CO2, di mana majoritinya diperbuat dairpada plastik bertetulang gentian semula jadi (NFRP) pada lip spoiler depan, diffuser dan skirt sisi, diikuti dengan panel pintu, serta tempat duduk.
 

Mission R


Rekaan ruang kabin lebih berorientasikan pemandu, dimana terdapat skrin pada roda stereng yang memaparkan bacaan penting, sementara skrin di atas kolum stereng pula menunjukkan imej daripada kamera sisi dan kamera belakang.

Menurut Porsche, struktur keselamatan yang melindungi pelumba diperbuat daripada bahan komposit gentian karbon, di mana ia juga boleh bertindak sebagai sebuah ruang simulasi perlumbaan e-sports!
 

Mission R


Tidak mustahil satu hari nanti konsep Porsche Mission R bakal dijadikan satu model realiti, memandangkan model Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo masing-masing membawakan persamaan daripada model kajian konsep Mission E (2015) dan juga Mission E Cross Turismo (2018).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, sebelum menjadikan impian tersebut satu kenyataan, Porsche baru-baru ini memperlihatkan…