Porsche mempelbagaikan penyesuaian menerusi program Exclusive Manufaktur, Tequipment dan Classic

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menawarkan barisan produk kereta sports, SUV, serta sedan dan wagon elektrik, Porsche juga turut berusaha untuk mempelbagaikan penawaran penyesuaian menerusi tiga cabang perniagaan yang berbeza, iaitu Porsche Exclusice Manufaktur, Porsche Tequipment dan Porsche Classic.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menjadikan kenderaan pelanggan lebih bersifat peribadi dan lain daripada yang lain, Porsche Exclusive Manufaktur menawarkan pelbagai jenis opsyen yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan, sehinggalah kepada penghasilan siri kenderaan yang bersifat terhad.

 


Antara opsyen yang ditawarkan merangkumi layangan warna luaran, nombor individu, cetakan pada alas lantai, pelindung ambang pintu beriluminasi, projeksi logo pada pintu kenderaan serta tidak ketinggalan pemilihan bahan upholsteri untuk digunakan pada roda stereng, papan pemuka serta tempat duduk.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mengabadikan cetakan tandatangan peribadi di dalam ruang kabin.

Porsche Tequipment pula menawarkan variasi produk aksesori dan opsyen retrofit untuk dipasang pada kenderaan pelanggan.

 


Sementara Porsche Classic pula lebih memfokuskan kepada penyaluran komponen prestasi dan alat ganti tulen, program restorasi kilang bagi model-model klasik, serta penawaran aksesori off-road bagi para pemilik Porsche Cayenne generasi pertama dan kedua.

Sebagai sebahagian daripada strategi Co-Creation, Porsche kini menawarkan interpretasi baharu terhadap program lagenda Sonderwunsch yang dilancarkan lewat 1970-an bertujuan untuk membawakan rekaan one-off yang di'cipta'kan oleh pelanggan dan direalisasikan secara professional oleh Porsche.

Program ini akan meliputi Factory Commissioning untuk permintaan warna dan bahan individu, serta program seterusnya iaitu Factory Re-Commissioning dan Factory One-Off - pembangunan teknikal baharu bersifat sistematik yang bergantung kepada usia kenderaan yang akan dikendalikan oleh pakar di Porsche Exclusive Manufaktur atau Porsche Classic.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…