Porsche Malaysia, TOC wujudkan program latihan teknikal, peluang kerjaya di Porsche Centre!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Malaysia (menerusi Sime Darby Auto Performance) baru-baru ini memperkenalkan sebuah program latihan teknikal Porsche Training Academy-Apprentice Programme (PTAAP) dengan kerjasama TOC Automotic College (TOC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan program PTAAP ini bertujuan untuk memupuk dan melengkapkan generasi masa depan dengan ilmu dan kepakaran teknikal bagi memastikan tenaga kerja tempatan mampu memenuhi keperluan berkualiti tinggi yang diperlukan oleh Porsche Centre di seluruh negara.

Silibus PTAAP merangkumi kelas pembelajaran serta kurikulum bengkel selama dua tahun, serta latihan industri wajib di mana-mana Porsche Centre selama satu tahun.
 

Porsche


Setiap pelajar akan menggunakan modul spesifik Porsche International Zertifizierter Porsche Techniker (ZPT) bagi pemahaman yang lebih meluas terhadap teknologi terkini serta seni bina yang digunakan oleh jentera dari Zuffenhausen.

Setelah sesi pembelajaran dan latihan berakhir, markah penilaian secara keseluruhan akan diberikan, dan pelajar yang berjaya memperoleh skor tertinggi akan dianugerahkan Porsche Certified Technician Bronze Level, beserta sijil program TOC sama ada Diploma dalam Teknologi Automotif atau Sarjana Kursus Juruteknik.
 

Porsche


Menurut Christopher Hunter, CEO Sime Darby Auto Performance berkata, "kami percaya program intensif selama tiga tahun ini mampu menawarkan peluang kerjaya yang menarik, khususnya bagi syarikat kereta sports Porsche yang berterusan membawakan inovasi yang seiring dengan tradisi.

"Program ini direka untuk individu yang memiliki tahap motivasi yang tinggi, minat terhadap kereta sport dan teknologi, serta mereka yang mahukan kerjaya yang menarik perhatian, dan ini membolehkan kami untuk terus berada di hadapan keluk transformasi industri, khususnya selepas pengesahan program pemasangan kenderaan secara tempatan di Malaysia.
 

Porsche


Sementara itu, Dato' Iqmal Shafiq, Pengarah Eksekutif TOC Automotive College berkata, "program PTAAP ini adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan golongan professional automotif yang bersedia menghadapi masa depan yang diterapkan dalam sikap, kemahiran dan pengetahuan untuk pertumbuhan kerjaya yang dipertingkatkan.

"Para pelajar kami akan didedahkan dengan era baharu elektromobiliti, khususnya selepas pelancaran model elektrik Porsche Taycan di Malaysia.

"Kerjasama dengan SDAP ini merupakan satu langkah yang tepat bagi TOC untuk menawarkan laluan kerjaya yang lebih bermanfaat kepada para pelajar kami," tambahnya lagi.
 

Porsche Taycan


Pendaftaran pertama untuk program PTAAP tiga tahun ini akan dibuka bermula Februari 2022, dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web TOC di www.toc.edu.my, atau talian 03-7960 8833 atau talian Whatsapp rasmi di +6011-1668 0281.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Berita Domestik
Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…