Porsche Malaysia terus sokong Krithin Paul beri semangat pada semua orang dalam mencapai impian

oleh Firdaus Razani|
Setiap orang pasti ada impian yang mahu dicapai, tidak kira impian itu sekecil zarah atau seluas semesta, ia pasti sebuah impian yang mendorong diri untuk jadi diri sendiri.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang direalisasikan oleh Ferry Porsche untuk membina kereta sport impiannya sendiri.

Lihatlah sekarang, bagaimana Porsche menjadi salah satu produk automotif yang hebat tidak kira di atas jalan raya, litar lumba mahupun off-road, pasti ramai mengkagumi kehebatan jentera Porsche.

Sama seperti Krithin Paul Perreira, seorang artis, pereka dan jurutera yang mengalami Cerebral Palsy sentiasa memberi inspirasi kepada orang di sekelilingnya dengan semangat gigih dan daya tarikan kereta sportnya.

 

porsche

 

Beliau sentiasa bersemangat mengejar impian dan mengatasi cabaran setiap hari walaupun mengalami Cerebral Palsy untuk meluahkan semangatnya melalui karya seni yang unik.

Selepas pelancaran Cayenne baharu di Malaysia, Krithin menunjukkan penghargaannya terhadap kereta sport Porsche selama lima tahun dan terus bersama-sama Porsche Malaysia untuk menyokong usaha yang dekat di hatinya.

Hasil yang diperoleh melalui baju-t yang direka khas dengan lukisan Krithin bagi Cayenne baharu akan disumbangkan kepada Amirs Therapy Gym, sebuah pusat pemulihan, di mana beliau menerima sokongannya.

 

porsche

 

Krithin telah dijemput untuk menyertai Porsche Malaysia pada beberapa peristiwa penting, termasuk ke kilang pemasangan tempatan untuk pelancaran kemudahan pemasangan tempatan pertama untuk Porsche di luar Eropah di Kulim, Kedah.

Beliau turut menerima jemputan dari Porsche AG untuk melawat pusat utama Porsche di Stuttgart dan berjumpa dengan pereka serta menikmati pengalaman berharga dengan menaik Porsche 911 GT3 di Litar Hockenheimring.

 

porsche

 

Kini Krithin dan Porsche Malaysia bersama untuk melakukan bahagiannya memberi memotivasi dan memperkasakan orang lain yang mempunyai cabaran yang sama untuk bertahan dan mengejar impian mereka.

Krithin berfikir, dalam mengejar impiannya bersama-sama dengan Porsche Malaysia, dia berharap dapat memberi jejak kepada orang lain yang berkongsi semangat tanpa had.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…