Porsche Malaysia naik taraf kemudahan pengecasan pantas, kini menyokong sehingga 350 kW

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Porsche Malaysia telah menaik taraf kemudahan pengecasan prestasi tingginya untuk menjana kuasa sehingga 350 kW dalam Pusat Porsche dan memperkenalkan konsep carport solar di Pusat Porsche Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penambahbaikan baharu itu menekankan lagi komitmen Sime Darby terhadap alam sekitar, dimana ia berfungsi ke arah pengurangan 30 peratus pelepasan menjelang 2030.

 

2

 

Kemudahan pengecasan yang dinaik taraf di semua Pusat Porsche seluruh Malaysia akan menampilkan pengecas pantas DC berkembar 175 kW, yang menawarkan kelajuan pengecasan sehingga 350 kW.

Kini, apabila mengecas pada kadar maksimum, pengisian semula Keadaan Caj (SoC) 5 hingga 80 peratus pada model EV Taycan hanya mengambil masa kurang daripada 23 minit.

 

3

 

Naik taraf baharu itu akan tersedia secara eksklusif untuk pemilik Porsche Taycan di Sime Darby Auto Performance, dimana pengecas DC yang baru dinaik taraf itu membolehkan dua Taycan dicas serentak sehingga 175 kW setiap satu.

Kemudahan pengecasan berkeupayaan 350 kW berprestasi tinggi kini boleh didapati di Porsche Centre Ara Damansara dan Porsche Centre Pulau Pinang.

 

5

 

Sementara Porsche Centre Sungai Besi dan Porsche Centre Johor Bahru pula akan menerima naik taraf pengecas DC berkembar 175 kW itu tidak lama lagi pada Jun 2023.

Pada masa yang sama, Porsche dan Shell Recharge turut bekerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan berprestasi tinggi 180 kW di seluruh Malaysia, membolehkan perjalanan jarak jauh yang lebih meyakinkan.

 

6

 

Rangkaian pengecasan di Malaysia bakal menghubungkan laluan ke Singapura dan Thailand, dan membentuk laluan lebuh raya mesra EV terpanjang di rantau Asia Tenggara.

Selain itu juga, Porsche Malaysia turut melabur dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui, melalui pemasangan carport panel solar baharu di Porsche Centre Penang.

 

7

 

Ianya merangkumi kanopi menangkap cahaya matahari yang meliputi kemudahan tempat letak kereta terbuka.

Dengan 151 panel menjana sehingga 81.51 kWp, carport solar baharu boleh membawa kepada pengurangan purata penggunaan elektrik sebanyak 30 peratus.

 

8

 

Sekaligus menyokong cita-cita syarikat itu untuk mengurangkan jejak karbonnya, walaupun dengan lebih banyak tawaran Porsche elektrik pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Berita Domestik
Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…