Porsche Malaysia lancar Porsche Centre JB, pusat 4S pertama di rantau Asia Pasifik

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance kini secara rasmi melancarkan pembukaan pusat pameran baharu Porsche Centre Johor Bahru.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Dengan pelaburan melebihi RM28 juta, Porsche Centre Johor Bahru dengan kemudahan tiga tingkat berkeluasan 5,412 meter persegi yang terletak di Danga Bay ini membawakan konsep seni bina korporat 'Destination Porsche' yang menitikberatkan pengalaman jenama yang hebat, mewujudkan ruang untuk para peminat Porsche dan dalam masa yang sama menarik minat pelanggan baharu.
 

Porsche


Pusat 4S yang pertama di rantau Asia Pasifik ini menggabungkan operasi Jualan, Servis, Alat Ganti serta Pusat Badan & Cat di bawah satu bumbung.

Dengan adanya Pusat Badan & Cat, Porsche mampu melakukan baik pulih badan kereta serta baik pulih cat berkualiti tinggi yang diperakui, di mana hanya cat berasaskan air sahaja yang dirumuskan oleh Porsche AG digunakan di fasiliti ini, sekaligus mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar.
 

Porsche


Ruang semburan cat juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan penapisan yang direka khusus mengurangkan zarah bawaan udara dan mengawal kelembapan.

Selain daripada itu, ia juga turut membawakan modul-modul khas seperti ruang pameran, E-Performance, Fitting Lounge, ruang penyerahan, bahagian kenderaan pra-milik bertauliah, simulator perlumbaan e-sukan, titik pengecasan DC 175 kW & AC 22 kW, serta ruang khas Porsche Classic.
 

Porsche Classic


Menerusi Porsche Classic, Porsche Centre Johor Bahru menawarkan khidmat nasihat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, serta sokongan alat ganti kenderaan klasik yang sudah tiada di pasaran melalui proses perolehan khas.

Dibantu dengan kehadiran jurulatih dan juruteknik bertauliah Porsche AG, para pemilik kenderaan klasik dapat memaksimumkan jangka hayat kenderaan mereka di sini.
 

Porsche


Menurut Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance berkata, “Perkhidmatan selepas jualan merupakan salah satu keutamaan kami dalam memenuhi permintaan para pemilik Porsche yang semakin meningkat di Malaysia. Dengan adanya kemudahan yang serba lengkap, para pemilik boleh terus menikmati kereta Porsche mereka, sementara kami menjaga kereta sport idaman mereka.

"Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Rakan Kongsi Porsche Klasik pertama yang diperakui di Malaysia untuk memberi nafas baharu kepada kereta Klasik ini dan seterusnya memastikan kereta berstatus legenda ini dapat terus kekal di jalan raya untuk jangka masa yang panjang,” jelasnya lagi.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Model baharu ini dibangunkan berdasarkan 911 Targa generasi terkini (992) yang dilengkapi dengan…