Porsche Macan S - nadi V6, 354 hp/480 Nm, harga dari RM625 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas pelancaran Porsche Macan baharu, Sime Darby Auto Performance (SDAP) membawakan sebuah lagi varian Macan, dikenali dengan nama Macan S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV Macan S kini membawakan enjin serba baharu 3.0 liter bentangan V6 yang mampu menjana kuasa sekitar 354 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 480 Nm, peningkatan sebanyak 14 hp dan 20 Nm berbanding model terdahulu. 

Peningkatan ini disumbangkan dengan laluan perpaipan ekzos yang lebih pendek antara ruang pembakaran dan pengecas turbo, sekaligus meningkatkan kadar respons dan daya kilas yang tinggi pada putaran enjin terendah.

 


Atas jalan raya, Porsche Macan S mampu mencapai kelajuan tertinggi 254 km per jam.

Bagi mengawal kuasa yang disalurkan kepada empat buah roda, Porsche Macan S didatangkan dengan sistem pengurusan cengkaman Porsche (PTM) manakala aspek pengendalian pula dikawal oleh sistem suspensi udara Porsche Active Stability Management (PASM). 

Dengan peningkatan yang disebutkan diatas, Macan S berupaya menunjukkan prestasi pemanduan yang lebih responsif. 
 


Bagi memberhentikan SUV ini, penggunaan cakera brek yang lebih besar di hadapan (360 mm) dan lebih tebal (36 mm) dan dibantu dengan ciri opsyen Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB).

Di bahagian luaran, Porsche Macan S membawakan lampu belakang tiga dimensi LED, lampu utama LED dan opsyen Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus) untuk bantuan pencahayaan yang lebih seragam. 

Manakala di ruang dalaman pula, sistem Porsche Communication Management (PCM) menampilkan skrin sentuh bersaiz 10.9 inci HD serta ciri sambungan kepada peranti pintar dan kawalan menerusi arahan suara. 
 


Untuk pasaran Malaysia, Porsche menawarkan pakej aksesori pilihan iaitu stereng sporti GT yang didatangkan dengan suis mod pemanduan termasuklah butang Sport Response yang merupakan sebahagian daripada pakej Sport Chrono. 

Keselesaan penumpang pula boleh dipertingkatkan dengan aksesori ioniser yang dipadankan dengan penapis udara sebagai standard bagi meningkatkan kadar kualiti udara di dalam kabin. 
 


Porsche Macan S kini boleh ditempah pada harga bermula dari RM625,000 yang turut merangkumi Premium Package sebagai standard dan dilindungi oleh jaminan dan pakej penyelenggaraan selama empat tahun termasuklah alat ganti dan kos buruh. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan lebih 2,000 orang pengunjung, ia juga telah berjaya mencatatkan rekod sebagai perhimpunan…