Porsche Macan GTS - tambah lebih kuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada penawaran Porsche Macan S dan juga varian Macan Turbo, Porsche mahu mengisi kekosongan antara kedua varian tersebut dengan sebuah lagi varian baharu - Macan GTS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Porsche Macan GTS dijana menggunakan enjin 2.9 liter bentangan V6 turbo berkembar yang berupaya menghasilkan 375 kuasa kuda dan 519 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi klac berkembar PDK tujuh nisbah kelajuan. 

Prestasi di atas jalan diterjemahkan dengan pecutan sepantas 4.7 saat (0-96 km/j dan boleh diperbaiki kepada 4.5 saat dengan pakej Sport Chrono Porsche. 

Manakala kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 260 km/j. 

 


Antara kelengkapan standard yang dipadankan pada Porsche Macan GTS adalah sistem suspensi udara adaptif, rim RS Spyder Design bersaiz 20 inci, sistem ekzos sport Porsche, dan cakera brek yang diperbuat daripada besi tuang. 

Namun, pembeli boleh mendapatkan brek komposit seramik dan juga Porsche Surface Coated Brake sebagai opsyen tambahan. 

Dari segi luaran, Porsche Macan GTS menerima kemasan warna hitam di bahagian bumper, skirt sisi baharu, serta bahagian belakang manakala ruang dalaman pula menerima kemasan Alcantara pada panel tengah, konsol tengah, perehat tangan serta panel pintu. 
 


Penampilan sporty diteruskan dengan penambahan elemen brush aluminium dan tempat duduk sport yang boleh dilaraskan lapan cara. 

Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lebih, terdapat opsyen untuk menambah sistem audio Bose Surround System, ruang meletak peranti pintar yang turut disertakan dengan ciri pengecasan induktif. 
 


Manakala dari segi aspek keselamatan, opsyen yang ditawarkan termasuklah Traffic Jam Assist, Park Assit, sistem bantuan kamera keliling, cermin hadapan dengan pemanas terbina dalam, dan ciri ioniser untuk keselesaan penumpang di dalam kabin.