Porsche Macan bakal mendarat di Malaysia - bermula dari RM455,000

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Buat para peminat Porsche, generasi kedua SUV Macan akan mendarat di pasaran Malaysia tidak lama lagi bertempat di Porsche Centre Sungai Besi pada 21 Jun ini. 

Porsche Macan didatangkan dengan pakej Premium yang menawarkan pelbagai aksesori menarik seperti tempat duduk boleh laras 14 cara dengan fungsi memori, pakej pencahayaan lembut, Power Steering Plus, Park Assist dengan bantuan kamera, serta sistem bunyi keliling BOSE. 
 


Dengan pakej yang disebutkan di atas, Porsche Macan kini boleh ditempah pada harga bermula dari RM455,000 dan ia merangkumi jaminan selama empat tahun, serta pakej penyelenggaraan percuma termasuklah alat ganti dan kos buruh. 

Porsche Macan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang telah ditambah baik bagi menghasilkan 252 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas maksimum. 

Ia dipadankan dengan transmisi klac berkembar PDK tujuh nisbah kelajuan dan mampu memecut sepantas 6.7 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum  252 km/j. 

Walaupun ia berkuasa, Porsche Macan masih mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 8.1 liter/100 km. 
 


Dinamik kenderaan merupakan tunjang utama dalam pembangunan Macan generasi baharu, dan casis yang telah ditambahbaik ini memberikan lebih keselsaan dan menjadikan pemanduan Macan lebih menyeronokkan. 

Menyalurkan kuasa ke jalan dengan lebih berkesan diserahkan kepada tayar yang dibangunkan khas dengan karakteristik prestasi tinggi yang membaluti rim bersaiz 18 sehingga 21 inci. 

Masih kekal dengan DNA rekaan Porsche, Macan menampilkan rekaan lampu panel berbentuk tiga dimensi di ruang belakang, dan lampu utama di hadapan daripada jenis LED. 

Ciri Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus) pula merupakan ciri opsyen bagi membolehkan pengguna menetapkan pencahayaan secara adaptif. 
 


Sistem infotainmen bagi Porsche Macan pula dilengkapi dengan ciri Porsche Communication Management (PCM) terdiri daripada skrin sentuh HD penuh bersaiz 10.9 inci yang hadir dengan ciri sambungan kepada peranti pintar dan boleh diubah suai antara muka (UI) mengikut keperluan pengguna. 

Selain daripada itu, Porsche juga turut menawarkan stereng sports GT yang membawakan penggayaan daripada kereta sports Porsche 911 sebagai ciri tambahan menarik kepada para pembeli. 

Stereng tersebut tampil dengan suis terbina - termasuklah butang respons sport - sebagai sebahagian daripada pakej Sport Chrono yang ditawarkan kepada SUV Macan ini. 
 


Manakala ciri-ciri tambahan lain turut ditawarkan seperti windshield dengan pemanas terbina dalam dan ioniser udara yang dilengkapi dengan penapis udara partikular bagi meningkatkan kualiti udara di dalam kenderaan. 

Untuk penggayaan, terdapat empat warna menarik ditawarkan iaitu Mamba Green Metallic, Dolomite Silver Metallic, Miami Blue dan Crayon.

Selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut menawarkan pembiayaan bulanan serendah RM5,700 menerusi 360 Financing Calculator. 
 


Tawaran ini adalah bersempena pelancaran website khas pengedar (https://dealer.porsche.com/malaysia) bagi memudahkan para pelanggan Porsche mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kenderaan baharu dan pra-milik, pelan pembiayaan serta memilih aksesori untuk kereta idaman. 

Tidak cukup dengan itu, sesi pandu uji dan temu janji servis juga boleh diaturkan menerusi laman web yang disebutkan di atas. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Macan tersebut merupakan model generasi baharu yang dikuasakan dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 36,574 unit telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah, dengan kenaikan…
Model Terbaharu
Menurut naib presiden komersial Lotus, Mike Johnstone, Lotus Type 134 dijangka akan menyumbang…