PORSCHE MACAN 2024 - KUASA ELEKTRIK PENUH, 639HP, 1130NM, JARAK GERAK SEHINGGA 600KM

oleh Firdaus Razani|
Setelah mendedahkan video teaser model SUV elektrik tersebut, Porsche akhirnya selamat melancarkan Macan generasi baharu yang dikuasakan dengan elektrik sepenuhnya iaitu Macan 4 dan Macan Turbo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepuluh tahun selepas pelancaran generasi pertama, Macan generasi baharu ini merupakan model pertama yang diambil daripada model sedia ada dan dikemaskini daripada enjin pembakaran dalaman kepada rangkaian elektrik sepenuhnya.

 

MACAN

 

Saiz komponen bateri yang agak besar menjadi cabaran kerana memerlukan lebih ruang dan boleh menganggu nisbah lebar-ke-tinggi serta aerodinamik memainkan peranan yang besar dari segi rangkaian kereta ini.

Dengan kerjasama pasukan pereka dan jurutera, Porsche berjaya menggabungkan DNA reka bentuknya dengan aerodinamik yang dioptimumkan dan mencapai bukan sahaja melalui siluet yang menarik tetapi juga melalui komponen Porsche Active Aerodynamics (PAA).

 

MACAN

 

Buat pertama kalinya, Macan baharu ini dibina diatas platfrom Premium Platform Electric (PPE) baharu yang menampilkan Bateri HV sebagai komponen utama dengan seni bina 800 volt.

Dengan menggunakan platform itu, ia membolehkan pengecasan pantas berprestasi tinggi sehingga 270kW yang boleh mengecas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 21 minit. 

Macan generasi baharu ini menggunakan pek bateri litium-ion berkapasiti 100 kWj yang boleh digunakan sehingga 95 kWj secara aktif untuk memberi kuasa pada dwi-motor elektrik kenderaan.

 

MACAN

 

Mengikut kitaran data WLTP, Macan 4 mampu mencapai jarak operasi sejauh 613km dan untuk Macan Turbo mampu mencapai jarak sejauh 591km.

Dengan kombinasi Launch Control, Macan 4 mampu menghasilkan kuasa sehingga 408hp dan tork maksimum sebanyak 650Nm yang membolehkan ia memecut dari 0-100km/j dalam 5.2 saat.

Manakala bagi Macan Turbo, ia mampu memberi kuasa yang lebih tinggi iaitu sebanyak 639hp dan tork maksimum mencecah 1,130 Nm yang mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.3 saat.

 

MACAN

 

Untuk dimensi Macan baharu ini, ia adalah lebih panjang daripada model sebelum ini dengan ukuran 4785mm termasuk juga jarak antara roda yang menjangkau 2893mm, 86mm lebih panjang dari model sebelum ini.

Ciri-ciri yang ada pada SUV ini adalah, pembezaan belakang pengunci elektronik pada Turbo, dan buat pertama kali pada Macan, ia terdapat pilihan sistem stereng gandar belakang (rear-axle) yang boleh bertukar sehingga lima darjah dan membenarkan bulatan pusingan sekitar 36 kaki.

 

MACAN

 

Untuk ciri-ciri dalaman, ambien pencahayaan dalaman boleh menunjukkan pelbagai fungsi seperti pengecasan, komunikasi dan makluman bantuan pemandu serta ia menggunakan tempat duduk tanpa kulit dan bahan kitar semula untuk bahagian dalaman lain.

Ruang dalaman Macan EV turut mempunyai kluster digital 12.6 inci dan skrin sentuh 10.9 inci yang mempersembahkan sistem infotainmen berasaskan Android, termasuk Apple CarPlay dan pembantu suara maya Porsche.

 

MACAN

 

Harga jualan pula bermula pada $80,450 (RM380,500) untuk model Macan 4, manakala untuk model Macan Turbo bermula pada $106,950 (RM505,700) namun, buat masa kini belum ada harga rasmi diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Menurut Michael Steiner, anggota Lembaga Eksekutif Unit Pembangunan Dan Penyelidikan Porsche AG,…