Porsche Macan 2020 dengan Premium Package bernilai RM39k - bermula dari RM439 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan penambahan ciri baharu ke dalam Package Premium bernilai RM39 ribu untuk model SUV Porsche Macan 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri baharu yang dimaksudkan itu adalah Comfort Assess, Park Assist dengan Surround View serta Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai ciri standard.

 


Ketiga-tiga ciri tersebut merupakan tambahan kepada ciri sedia ada seperti Sistem Bunyi Keliling BOSE, Power Steeering Plus, Apple CarPlay, tempat duduk boleh laras 14 cara dengan fungsi memori, pakej pencahayaan ambien, serta cermin pandang belakang auto kelam.

Porsche Macan 2020 didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 252 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas maksimum, dipadankan dengan transmisi klac berkembar PDK tujuh nisbah kelajuan.

 


Kuasa tersebut membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 225 km/j.

Harga jualan untuk model Porsche Macan (dengan Premium Package) bermula dari RM439,351 setelah pengecualian cukai jualan 50 peratus yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Macan tersebut merupakan model generasi baharu yang dikuasakan dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 36,574 unit telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah, dengan kenaikan…
Model Terbaharu
Menurut naib presiden komersial Lotus, Mike Johnstone, Lotus Type 134 dijangka akan menyumbang…