Porsche luaskan kuasa ke selatan tanah air - Porsche Centre Johor Bahru bertaraf 4S

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia kini meluaskan lagi penguasaan ke kawasan selatan dengan pembukaan Porsche Centre baharu di Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pelaburan dijangkakan mencecah RM48 juta, Porsche Centre Johor Bahru ini akan mempunyai keluasan lantai sebesar 58,311 kaki persegi di atas tanah seluas 74,052 kaki persegi. 

Pusat yang tercanggih itu meruapakan satu lagi penambahan penting kepada pembangunan jenama Porsche di Malaysia selepas pelancaran Porsche Centre Pulau Pinang pada tahun lalu. 

Menurut CEO Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, "SDAP telah menjadi pengimport rasmi kenderaan Porsche semenjak 2010 dan telah melabur besar-besaran menerusi pembinaan pusat pameran bertaraf tinggi serta pekerja yang mahir, dan melihatkan kepada potensi yang besar bagi pasaran di kawasan selatan, ia menunjukkan satu lagi pencapaian penting kepada Porsche di Malaysia."

Pusat pameran Porsche Centre bertaraf 4S itu merangkumi pusat jualan, bengkel servis, pusat alat ganti serta pusat badan dan cat yang berteknologi tinggi, serta dibantu oleh para pekerja yang mahir dan professional bagi memenuhi spesifikasi keperluan yang ditetapkan oleh Porsche AG. 

Projek pembinaan pusat pameran tersebut akan bermula penghujung tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2020.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…