Porsche lapor permintaan menggalakkan untuk tempoh sembilan bulan pertama 2020

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun dunia terkesan akibat wabak pandemik COVID-19, ia tidak menghalang Porsche daripada terus mencatatkan rekod penjualan kenderaan yang sangat positif untuk tempoh tiga suku pertama tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang sembilan bulan dari Januari 2020, Porsche telah pun menghantar kira-kira 191,547 unit kenderaan kepada para pelanggannya di seluruh dunia.

Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu, ternyata Porsche mencatatkan penurunan sebanyak lima peratus.

Menurut Detlev von Platen, ahli lembaga eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG berkata, "walaupun terkesan dengan krisis COVID-19, kami berjaya mengurangkan kesan penurunan penghantaran ke tahap sederhana terima kasih kepada portfolio produk yang telah dikemaskini.

"Pasaran China ternyata pulih dengan cepat daripada wabak COVID-19, dan permintaan dari pasaran lain juga turut menunjukkan pertumbuhan yang signifikan.

 


Setakat ini, China masih lagi menjadi pasaran terbesar Porsche, dengan jumlah kenderaan sebanyak 62,823 unit terjual untuk tempoh Januari-September 2020, diikuti oleh benua Eropah (55,483 unit) dan benua Amerika (49,034 unit).

Dari segi jualan, Porsche Cayenne kekal mendahului model-model lain dengan 64,299 unit terjual untuk tempoh sembilan bulan pertama, disumbangkan oleh populariti model Coupe, diikuti oleh Macan (55,124 unit).

Kereta sports ikonik Porsche 911 juga ternyata popular, dengan 25,400 unit telah terjual untuk tempoh yang sama dengan peningkatan sebanyak 1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara model EV pertama Porsche Taycan kini telah selamat sampai di tangan 10,944 orang pelanggan di seluruh dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…