Porsche lancar jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph bernilai RM24 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Porsche dan TAG Heuer mengukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin setelah sekian lama dengan kolaborasi terbaharu menampilkan sebuah jam tangan baharu, TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph menggunakan sistem pergerakan Calbre Heuer 02 yang memiliki simpanan tenaga selama 80 jam, dan dilindungi oleh casis 44 mm.

 


Permukaan dial jam tangan ini mempunyai tekstur yang tersendiri seakan permukaan aspal, dan fon nombor yang digunakan adalah menyamai apa yang dipaparkan pada papan pemuka model-model Porsche.

Terdapat tiga subdial pada posisi jam tiga, enam dan sembilan, di mana masing-masing memaparkan bacaan minit, saat dan jam, manakala paparan tarikh pula boleh dilihat pada bahagian bawah subdial jam enam.

 


Bahagian belakang jam tangan ini pula menampilkan case back bersifat jernih yang menawarkan pemandangan pergerakan jam tangan dan mekanisme automatic winding, diakhiri dengan rekaan tiga jejari yang biasa dilihat pada roda stereng Porsche.

Bagi mereka yang berminat, jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograph ini dijual pada harga bermula dari $5,850 (RM23,649).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…