Porsche labur €70 juta tingkatkan pegangan kepada 24 peratus di dalam Rimac

oleh Mohamad Hanif|
Porsche telah mengukuhkan pegangan di dalam syarikat hypercar EV Rimac dengan membuat pelaburan bernilai €70 juta (RM339 juta) sekaligus meningkatkan pegangan daripada 15.5 peratus kepada 24 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan suntikan ketiga yang dilakukan oleh Porsche terhadap syarikat Rimac susulan pemerolehan pegangan awal sebanyak 10 peratus pada tahun 2018 sebelum ia dipertingkatkan kepada 15.5 peratus pada tahun berikutnya.

Selain daripada Porsche, Rimac kini mempunyai rakan teknikal dan kerjasama strategik dengan Hyundai, Kia, Aston Martin, Automobili Pininfarina, serta syarikat Sweden Koenigsegg.

Menurut CEO dan pengasas Rimac, Mate Rimac menjelaskan, "Porsche telah menjadi penyokong besar syarikat kami semenjak tahun 2018, dan ia menjadi satu penghormatan kepada kami untuk mendapat jenama kereta sports ikonik sebagai sebahagian daripada Rimac.

"Kami amat berbangga dapat bekerjasama dalam produk elektrifikasi, dan hakikat kepercayaan Porsche terhadap Rimac menerusi beberapa pusingan pelaburan menjadikan Porsche sebagai pemegang saham syarikat yang penting.

Namun, Rimac berpendapat syarikat itu akan kekal menjadi sebuah entiti perniagaan yang bebas sepenuhnya, di mana pemegang saham akan dikekalkan berasingan daripada semua projeknya pada masa akan datang.

Porsche juga dalam satu kenyataan mengesahkan mereka telah membuat pesanan terhadap Rimac untuk 'pembangunan komponen bersiri yang sangat inovatif' disamping memperluaskan lagi hubungan sedia ada di antara Porsche dan Rimac.


Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…