Porsche hentikan pembuatan kereta diesel

oleh HEZERI SAMSURI|
Skandal Diesel-Gate Volkswagen mungkin menjadi penyebab utama Porsche bertindak untuk menghentikan pembuatan model-model diesel mereka.

Porsche berkata ia akan memberi fokus terhadap enjin-enjin petrol, hybrid dan elektrik.

Namum begitu menurut Oliver Blum, Ketua Eksekutif Porsche, diesel masih tetap menjadi penjana kenderaan utama global cuma untuk Porsche, diesel sentiasa menjadi pilihan kedua kerana sifat Porsche yang lebih ke arah sesuatu yang sporti.

Beliau bagaimanapun mengaku skandal Diesel-gate oleh VW itu memberikan impak terhadap jenama Porsche kerana mereka menggunakan enjin-enjin diesel Audi.

Baru-baru ini, VW telah dikenakan denda sebanyak 1 billion Euro kerana menjual sebanyak 10 juta unit kenderaan dengan perisian yang menipu ujian asap antara tahun 2007 sehingga 2015.

 


 

 

Porsche kini telah melaburkan beberapa billion Euro untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik mewah. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana percaya atau tidak, kenderaan pertama yang dibina oleh Porsche berlaku dalam tahun 1989 dan ia adalah kereta elektrik

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk penawaran terbaharu ini, Porsche telah menggugurkan huruf 'S' bagi meringkaskan lagi nama…
Berita Global
Anda perlu rasa beruntung kerana dalam dunia ini terdapat beberapa pihak yang memiliki kepakaran…
Berita Global
Setakat ini, pengeluar Jerman itu sudah pun mempunyai model elektrik sedan dan wagon Taycan yang…