Porsche hasilkan omboh 911 GT2 RS guna teknologi 3D printing - mampu ekstrak tambahan 30 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak teknologi pencetakan tiga dimensi (3D printing) mula menjengah dunia, ia ternyata membuka satu lembaran baharu terutama di dalam aspek penghasilan komponen automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan analisa data yang tepat, penghasilan sesebuah komponen itu bukan sahaja menawarkan kekuatan (malah lebih ringan), ia juga dilihat mampu mengurangkan pembaziran lebihan bahan yang digunakan.

Porsche juga mula menggunakan teknologi yang serupa untuk menghasilkan omboh enjin yang akan digunakan pada model Porsche 911 GT2 RS.
 


Menurut Porsche, ia bukan sahaja lebih ringan berbanding struktur omboh tradisional, malah mampu melonjakkan kuasa.

Menerusi kerjasama dengan Mahle dan Trumpf, Porsche menggunakan serbuk logam berketulenan tinggi dan proses peleburan logam menggunakan laser di mana ia melibatkan fasa pemanasan serbuk logam menggunakan sinar laser dan mencairkannya mengikut bentuk acuan omboh itu tadi.

Terima kasih kepada teknologi pencetakan 3D, omboh baharu yang dihasilkan itu 10 peratus lebih ringan berbanding omboh forged produksi bersiri, malah ia juga mempunyai saluran penyejukan tertutup yang terbina dalam.

Menurut Frank Ickinger daripada bahagian pembangunan pacuan termaju Porsche, pengeluar tersebut mampu untuk meningkatkan kelajuan enjin, mengoptimasikan pembakaran dan merendahkan beban suhu ke atas omboh.
 


Hasilnya, enjin flat-six 3.8 liter turbo itu mampu mengekstrak 30 hp kuasa tambahan daripada 690 kuasa kuda kepada angka 720 hp!

Ini bukanlah kali pertama percubaan Porsche menyelami teknik pencetakan tiga dimensi dalam penghasilan komponen, di mana bulan Mei lalu mereka menggunakan cara yang sama untuk menghasilkan permukaan kusyen dan backrest tempat duduk bucket pada model 911 dan 718 Cayman/Boxster.

Malah, kira-kira 20 komponen yang dihasilkan semula untuk model klasik Porsche turut dihasilkan menggunakan teknik yang serupa, seperti contoh release lever untuk klac model Porsche 959.
 

Baca: McLaren Speedtail hadir dengan kit perkakasan titanium - dicetak secara 3D!

Baca: HRE3D+ - rim titanium pertama di dunia dihasilkan menerusi teknologi percetakan 3D

Baca: VIDEO: Bagaimana Italdesign membina model GT-R50 menggunakan tenaga tangan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, teknologi yang sama digunakan untuk menghasilkan sebuah lagi komponen penting dalam kereta,…