Porsche guna Burj Khalifa jadi papan iklan Taycan gergasi

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu cara yang digunakan oleh Porsche adalah dengan mempergunakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa sebagai papan iklan digital terbesar di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menjadikan struktur setinggi 828 meter itu menjadi sebuah papan iklan bukanlah mudah, ini kerana Porsche menggunakan lebih daripada satu juta unit lampu LED menjadi sebuah skrin berkeluasan 33,000 meter persegi. 

Menerusi papan iklan tersebut, Porsche mempamerkan beberapa model penting seperti Lonner-Porsche, 356, 911, 918 Spyder dan 919 Hybrid sebelum memaparkan mesej "Get ready for the first all electric sports car  with a Porsche soul", tidak lain dan tidak bukan sebuah Porsche Taycan. 

 


Paparan tersebut akhirnya berubah menjadi sebuah logo Porsche gergasi. 

Menurut laporan, paparan iklan tersebut dibina untuk majlis pelancaran rasmi model EV Porsche Taycan 4S, Taycan Turbo dan Taycan Turbo S di peringkat tempatan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…