Porsche ganti penggunaan gentian karbon dengan sumber semula jadi - tumbuhan!

oleh Mohamad Hanif|
Gentian karbon sememangnya sebuah sumber bahan yang sangat ideal untuk dijadikan sebagai komponen kereta lumba memandangkan ia begitu kuat dan ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, sifat semulajadi gentian karbon yang berpecah ketika dihentam pada titik yang tidak diduga menjadikan ia tidak begitu selamat digunakan, selain menyusahkan para pekerja membersihkan litar selepas sesebuah insiden pelanggaran. 

 


Bagi menggantikan penggunaan gentian karbon pada titik yang tidak diperlukan, Porsche mengambil jalan dengan menghasilkan gentian serat semula jadi (natural fiber) yang menggunakan flax - ya, tumbuhan yang menjadi sumber untuk gentian linen pada kain anda!

Natural fiber ini mampu memberikan fungsi yang sama seperti gentian karbon - menurut Porsche - dan lebih menarik lagi ia hanya menggunakan tenaga yang kurang jika dibandingkan dengan penghasilan gentian karbon, sekitar 75 peratus lebih rendah.
 


Selain daripada itu, gentian serat semulajadi ini mampu diubah kepada bentuk yang lain dengan mudah setelah bentuk asal terhapus, manakala bagi gentian karbon yang berkecai pula perlu dihapuskan menggunakan suhu yang amat tinggi. 

Walaupun segi penggunaan di dalam dunia sebenar, natural fiber ini mempunyai ciri penyerapan gegaran lima kali lebih baik berbanding gentian karbon, namun ia tidaklah sekuat gentian karbon. 
 


Oleh sebab itu mereka hanya ingin mengaplikasikan penggunaan natural fiber ini pada bahagian yang kurang kritikal seperti sayap belakang, fender, hud enjin dan juga pintu. 

Porsche mahu menguji keberkesanan bahan baharu ini pada kereta lumba 718 Cayman GT4 Clubsport sebelum boleh meluaskan penggunaannya pada barisan kereta produksi massa mereka. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…