Porsche Finder - platform pencarian Porsche pra-milik, hantar terus ke depan pintu rumah!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche USA telah melancarkan sebuah perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pencarian kereta-kereta Porsche klasik dan pra-milik di seluruh negara tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Malah, menerusi sebuah laman web khas Porsche Finder yang dilancarkan, anda kini boleh menetapkan beberapa butiran terperinci seperti warna, pakej serta peralatan yang anda inginkan pada kereta Porsche anda.

Setelah proses pembelian dan proses pendaftaran yang berkaitan selesai dibuat, pihak Porsche akan bertanggungjawab menguruskan proses penghantaran kereta yang dibeli terus ke depan pintu rumah.

Menurut Klaus Zellmer, presiden dan CEO Porsche Amerika Utara berkata, dengan pengenalan platform ini ia memberikan satu pengalaman pembelian yang menyeluruh kepada para pelanggan mereka, selain menjadi pusat sehenti bagi pencarian kenderaan baharu serta pra-milik.

Di sesetengah pasaran, beberapa jenama automotif mewah turut menawarkan platform yang serupa bagi memudahkan pencarian kenderaan terpakai dan pra-milik daripada inventori pengedar di seluruh negara seperti BMW, Audi, Mercedes-Benz, Jaguar, Land Rover serta Cadillac.

Namun, kebanyakan perkhidmatan tersebut masih lagi belum menawarkan khidmat penghantaran terus ke depan pintu rumah.