Porsche Experience Centre Tokyo - pusat kejuruteraan Jerman dengan elemen senibina Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Porsche di Jepun bakal menikmati sebuah fasiliti baharu Porsche Experience Center yang bakal dibina dan beroperasi pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasiliti yang terletak di Chiba itu akan turut memuatkan sebuah litar ujian sepanjang 2.1 km, kawasan ujian dinamik, laluan off-road, mesin simulasi perlumbaan, ruang makan serta ruang untuk penganjuran acara korporat.

Menurut Porsche, litar pendek tersebut akan menampilkan beberapa selekoh daripada litar terkemuka, seperti selekoh Carousel (Nurburgring) serta Corkscrew (Laguna Seca).

 


Namun, terima kasih kepada reka bentuk geografi Jepun yang berbukit, litar tersebut bakal menawarkan pengalaman yang berbeza berbanding Experience Center yang rata-ratanya dibina atas lapang yang mendatar.

Walaupun ia sebuah pusat kejuruteraan Jerman, namun Porsche Experience Center Tokyo bakal menampilkan elemen Edo Kiriko - seni bina kraf tradisional Jepun yang dipengaruhi oleh garisan diagonal, dan kebun-kebun Jepun.

Selain daripada Jepun, Porsche Experience Center turut terdapat di Leipzig, Silverstone, Atlanta, Le Mans, Los Angeles, Shanghai, Hockenheim serta sebuah lagi tapak baharu Franciacorta, Itali yang bakal dibuka pada tahun 2021.