Porsche Design lancar Chronograph 1 edisi ulang tahun ke-75 Porsche

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Design telah melancarkan jam tangan edisi terhad Chronograph 1 - 75 Years Porsche Edition bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-75 Porsche.

Jika dilihat dengan teliti, rekaan jam tangan ini sememangnya merupakan satu penghormatan kepada produk pertama yang dihasilkan oleh Porsche Design pada tahun 1972.
 

Porsche


Chronograph 1 ini membawakan casis binaan titanium berdiameter 40.8 mm, kaca kristal sapphire, sistem pergerakan WERK 01.140 yang diiktiraf oleh COSC (Official Swiss Chronometer Testing Institute), serta keupayaan kalis air sedalam 100 meter.

Ia turut membawakan ciri unik seperti:
• ukiran logo 75 Years Porsche
• elemen rekaan rim aloi Fuchs ikonik pada penutup belakang
• emblem Porsche pada tengah rim
 

porsche


Terdapat dua pilihan tali jam ditawarkan kepada pembeli, iaitu tali jam kulit hitam dengan jahitan warna hitam, atau tali jam tekstil berjalur merah serta jahitan biru muda yang merujuk kepada warna logo 75 Years Porsche.

Hanya 475 unit sahaja jam tangan Chronograph 1 - 75 Years Porsche Edition yang akan dihasilkan, setiap satu dijual pada harga bermula dari $11,000 (RM50,353).

Baca: Porsche Design perintis rekaan dial jam tangan berwarna hitam

Berita Berkenaan

Pelancaran
Perasmian model tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance,…
Berita Global
Boleh dikatakan, 911 S/T ini menggandingkan elemen yang wujud pada model 911 GT3 Touring Package…
Gaya Hidup
Ia sebenarnya bukanlah lahir daripada inovasi bahan atau trend fesyen, akan tetapi idea ini…