Porsche dedah varian baharu Taycan - sedan EV yang lebih mampu milik?

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang didengari kebelakangan ini, Porsche sedang bersedia untuk menambah ahli keluarga baharu ke dalam barisan kereta elektrik Porsche Taycan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini disusuli dengan pendedahan satu gambar teaser yang menampilkan Porsche Taycan yang dipercayai varian baharu bersama-sama dengan varian Taycan 4S, Taycan Turbo dan Taycan Turbo S.

Terdapat kemungkinan besar Porsche akan membawakan varian asas bagi menarik lebih ramai pengguna untuk membeli sedan elektrik tersebut.

 


Ini kerana pada musim panas tahun lalu, Porsche telah melancarkan sebuah Taycan varian aras mula yang 'eksklusif' untuk pasaran China dan didatangkan dalam konfigurasi pacuan roda belakang.

Versi motor elektrik tunggal itu mampu menghasilkan sehingga 402 kuasa kuda dan dengan pek bateri sebesar 79.2 kWh, Taycan RWD itu mampu bergerak sejauh 414 km mengikut data kitaran NEDC.

Dengan opsyen Performance Battery Plus, jarak tersebut boleh ditambah kepada 489 km, serta meningkatkan output sedia ada kepada 469 hp di dalam mod overboost.

 


Dari segi prestasi, Taycan varian asas ini mampu memecut sepantas 5.4 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan kepada 230 km/j.

Apa yang lebih mengujakan adalah harga jualan yang bakal ditawarkan untuk Porsche Taycan aras mula ini, memandangkan ia bakal diposisikan di bawah varian Taycan 4S.

Untuk pasaran luar, Porsche Taycan 4S dijual pada harga bermula dari $103,000 (RM416,944), jauh lebih mahal berbanding Tesla Model S Long Range Plus ($69,420) dan Model S Performance ($91,990).

 


Sebagai perbandingan, harga jualan Taycan 4S di Malaysia bermula dari RM725,000, diikuti Taycan Turbo (RM999,000) sementara model Taycan Turbo S pula mampu mencecah harga RM1,195,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…