Porsche dedah imej dalaman Taycan - empat skrin utama, dan 'Hey Porsche!'

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi Porsche Taycan yang dijangka pada 4 September ini, Porsche mengambil kesempatan untuk memperlihatkan ruang dalaman kereta elektrik pertama daripada pengeluar itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membawakan elemen yang selari dengan trend semasa, Porsche Taycan hadir dengan empat unit paparan yang berbeza fungsi, iaitu skrin kluster instrumen digital, skrin paparan infotainmen, skrin di konsol tengah untuk kawalan iklim dan sebuah skrin tambahan untuk penumpang hadapan!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Porsche, skrin tambahan yang terletak kemas di bahagian papan pemuka itu membolehkan penumpang menukar tetapan tanpa mengganggu tumpuan pemandu. 

Untuk pemandu, Porsche memberikan sebuah skrin digital berlengkung dengan bezel yang minimum bersaiz 16.8 inci. 

Namun, disebabkan ia tidak mempunyai pelindung silau sebagaimana kereta yang lain, Porsche menggunakan kaca sebenar yang didatangkan dengan ciri  "vapor-deposited, polarizing filter" yang bertindak sebagai bahan anti-silau.

Pemandu boleh menukar kepada empat mod yang tersedia iaitu

  • Classic - paparan tradisional
  • Map dan Full Map - paparan peta navigasi
  • Pure - paparan minimalis (kelajuan, amaran papan tanda, dan navigasi ringkas)

 

 

Skrin tengah pula bersaiz 10.9 inci yang diintegrasikan dengan penggunaan kaca bagi penampilan panel hitam di bahagian tersebut. 

Di sini anda boleh mengakses kepada sistem navigasi, telefon, media, Porsche Connect dan bagi mengikuti arus perdana, ia juga boleh diakses dengan menggunakan kata sapaan "Hey Porsche!". 

Di bahagian bawah corong pendingin hawa, terletaknya skrin khas 8.4 inci untuk mengawal sistem pendingin hawa, sistem pemanas pada tempat duduk, serta teknologi pengecaman tulisan tangan bagi memudahkan pengguna memasukkan input untuk sistem navigasi. 

Canggih!

Tak cukup dengan skrin yang ada, skrin tambahan boleh dipasang secara opsyen bersaiz 5.9 inci untuk diletakkan di bahagian penumpang belakang, supaya setiap orang mempunyai akses kepada sistem pendingin hawa empat zon Taycan ini. 

 


Secara asasnya, Porsche menawarkan pelbagai pilihan upholsteri dan kemasan bermula dari kulit klasik atau kulit gelap khas yang dipanggil sebagai OLEA, di mana efek gelap 'special cloud print' tersebut menggunakan daun zaitun. 

Manakala untuk para pencinta haiwan pula, Porsche menawarkan dalaman tanpa penawaran kulit, namun dengan material khas yang dipanggil sebagai Race-Tex, iaitu mikrofiber berkualiti tinggi yang diperbuat daripada fiber poliester yang dikitar semula. 

Pelapik lantai pula menggunakan bahan Econyl - material yang diperoleh daripada jala ikan yang turut dikitar semula. 

Pemilihan warna pula ditawarkan dalam warna eksklusif Atacama Beige, Blackberry, Black-Lime Beige dan Meranti Brown yang boleh dikontraskan dengan warna black matte, dark silver dan neodyme. 

Untuk trim pula, terdapat penawaran efek kayu, gentian karbon, aluminium atau fabrik untuk dipilih pada pintu dan juga konsol tengah. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…