Porsche dan Boeing meterai MoU untuk mobiliti udara, teroka segmen premium

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pengangkutan udara bukan lagi angan-angan apabila semakin banyak syarikat menyertai bidang ini. Terbaru pada 11 Oktober 2019, Porsche dan Boeing menandatangani Memorandum Persefahaman dan menariknya mahu meneroka segmen premium.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua syarikat bakal menggunakan kepakaran masing-masing dalam membuat kajian masa depan kenderaan pengangkutan udara premium.

Menurut Detlev von Platen, Ahli Lembaga Eksekutif untuk Jualan dan Pemasaran di Porsche AG, Porsche sedang berusaha untuk meningkatkan skopnya dari pengeluar kereta sport kepada jenama terkemuka di dalam pengangkutan premium.

Melalui kerjasama ini juga, satu pasukan antarabangsa akan ditubuh bagi menangani pelbagai aspek pengangkutan udara seperti analisa potensi pasaran untuk kenderaan premium dan potensi pengunaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Collaboration between Porsche and Boeing 2019

 

Boeing, Porsche dan Aurora Flight Sciences yang merupakan subsidiari Boeing sedang membangunkan sebuah konsep kenderaan berkuasa elektrik dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara vertikal.

Jurutera kedua-dua syarikat dan subsidiari Porsche iaitu Porsche Engineering Services GmbH dan Studio F.A. Porsche akan melaksanakan dan menguji prototaip.

Satu kajian yang dibuat oleh Porsche Consulting menjangkakan pasaran pengangkutan udara di bandar akan bergerak maju selepas tahun 2025. 

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa pengangkutan udara di bandar akan membawa penumpang dengan lebih cepat dan cekap berbanding pengangkutan darat konvensional sekarang ini dengan kos yang lebih rendah dan fleksibel.

Apabila Porsche dan Boeing bekerjasama ianya membawa maksud pengangkutan udara adalah serius dan bukan satu bahan gelak ketawa atau sindiran. Kereta terbang bakal menjadi realiti.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…