Porsche Centre Ara Damansara kini rasmi dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengenalan model kereta elektrik Taycan, Sime Darby Auto Performance selaku pengimport rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia melancarkan secara rasmi pembukaan fasiliti Porsche Centre Ara Damansara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pelaburan melebihi RM15 juta, Porsche Centre Ara Damansara dibina atas tanah berkeluasan 12,102 meter persegi, menjadikannya pusat 3S Porsche terbesar di rantau Asia Pasifik.

Ia turut merangkumi 8,000 meter persegi ruang bekerja yang terdiri daripada lima tingkat, dua daripadanya merupakan pusat pameran, manakala selebihnya merupakan pusat servis, bengkel dan pejabat.

 


Pusat pameran Porsche Centre Ara Damansara mampu menempatkan sehingga 26 unit kenderaan baharu pada satu-satu mana, manakala pusat servis pula menempatkan sehingga 21 ruang servis yang beroperasi di tingkat kedua dan ketiga, termasuklah lif pengangkat teleskopik hidraulik nirrangka yang unik kepada fasiliti tersebut.

Serentak dengan pengenalan model Taycan, SDAP juga turut menyediakan slot pengecasan DC prestasi tinggi di kesemua Porsche Centre di seluruh negara, menunjukkan tahap kesediaan Porsche menyambut kedatangan era kenderaan elektrik.

Pengecas DC modular ini merupakan yang pertama seumpamanya yang menawarkan output maksimum 175 kW, di mana ia membenarkan Taycan mencapai kapasiti penuh bateri dalam tempoh 36 minit sahaja di bawah kondisi yang optimum.

 


Selain daripada itu, Porsche juga turut menampilkan Motorsports Zone - ruang khas yang mempamerkan jentera perlumbaan klasik dan moden Porsche.

Malah, peranti simulasi perlumbaan juga turut disediakan kepada para pengunjung dan pelanggan Porsche membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman memandu secara maya di dalam litar atau berlatih untuk sesi Porsche Open Track Day!

Di Racing Experience Centre, Porsche menyediakan bimbingan peribadi berbentuk pengalaman pemanduan digital oleh tenaga pengajar yang bertauliah kepada para pelanggan kereta sports Porsche.

 


Porsche Centre Ara Damansara bertempat di Sime Darby Motors City, 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.