Porsche Cayenne S E-Hybrid 2024 - nadi V6, 519 PS, 750 Nm, jarak gerak sifar emisi 90 km

oleh Mohamad Hanif|
Porsche mempersembahkan model SUV hibrid ketiga dalam keluarga Cayenne, iaitu Cayenne S E-Hybrid 2024 selepas pengenalan model Cayenne Turbo E-Hybrid pada bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model baharu ini diposisikan antara model Cayenne E-Hybrid dan Cayenne Turbo E-Hybrid, serta boleh didapati dalam versi standard dan bentuk badan Coupe.

Untuk model Cayenne S E-Hybrid, ia dibekalkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo dengan janaan kuasa 353 PS sebelum dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 176 PS.
 

Cayenne


Secara keseluruhan, SUV ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 519 PS dan daya kilas maksimum 750 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat.

Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 263 km/j.

Pek bateri berkapasiti 25.9 kWh membenarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 90 km, selain menyokong pengecasan 11 kW (pengecasan penuh memakan masa kurang dua jam setengah).
 

cayenne


Ciri standard untuk Cayenne S E-Hybrid termasuklah rim bersaiz 20 inci, tip ekzos berkembar, sistem lampu utama LED matriks, serta sistem gantungan udara adaptif dengan teknologi 2-chamber & 2-valve yang menawarkan keseimbangan prestasi dan keselesaan yang dinamik.

Porsche turut menawarkan pakej luaran Silver untuk bentuk badan standard, serta pakej luaran Black untuk bentuk badan coupe.

Sementara ruang kabin pula mendapat ciri seperti tempat duduk larasan lapan tahap, pakej Sport Chrono, pedal keluli tahan karat, serta kemasan dalaman Diamar dengan warna Silvershade.