Porsche Cayenne Premium Package 2021 - bermula dari RM680 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengedar rasmi kenderaan Porsche di Malaysia memperkenalkan kembali Premium Package untuk model Porsche Cayenne.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri opsyen yang terkandung dalam Premium Package ini termasuklah sistem suspensi udara dengan Porsche Active Suspension Management (PASM), rim RS Spyder 21 inci, ParkAssist dengan Surround View, serta penawaran sistem audio BOSE Surround Sound System.

 


Sime Darby Auto Performance menawarkan jaminan sehingga empat tahun, serta pakej servis dan penyelenggaraan percuma dalam tempoh empat tahun untuk model Cayenne yang dilengkapi dengan Premium Package.

Porsche Cayenne merupakan salah satu daripada model SUV yang ditawarkan di pasaran Malaysia, menampilkan enjin bentangan V6 3.0 liter turbo berkembar dan bantuan induksi paksaan turbo twin-scroll yang menghasilkan 340 PS dan 450 Nm (masuk antara 1,340-5,300 rpm).

 


Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi Tiptronic S lapan nisbah kelajuan.

Harga jualan Porsche Cayenne bermula dari RM680,000, dan proses penghantaran akan dibuat pada tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…
Berita Domestik
Cayenne CKD Kulim ini didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348…