Porsche Cayenne E-Hybrid 2019 - 455 kuasa kuda, 700 Nm tork!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Cayenne kini telah memasuki generasi ketiga sebagai model yang paling mendatangkan keuntungan kepada Porsche.

Disasarkan memasuki pasaran seawal 2019, Porsche telah menambah baik ciri yang ada pada Cayenne E-Hybrid ini menjadikannya lebih baik daripada generasi sebelum itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche Cayenne E-Hybrid dijana menggunakan enjin bentangan V6 3.0 liter turbo tunggal yang dipadankan dengan sebuah motor elektrik. 

Menghasilkan kuasa berjumlah 455 hp dan daya tork sebesar 700 Nm yang masuk seawal 1,000 rpm, Porsche Cayenne E-Hybrid ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa hanya 4.7 saat dan kelajuan tertinggi yang dicatatkan selaju 253 km/j.

 


Terdapat enam mod pemanduan - E-Power, Hybrid Auto, E-Charge, E-Hold, Sport dan Sport Plus - yang boleh dipilih daripada kuasa elektrik semata-mata kepada kuasa enjin sepenuhnya. 

Dengan pek bateri yang diletakkan di bawah ruang kargo, Cayenne menggunakan bateri 14.1 kWh yang memberikan bacaan perjalanan sejauh 43 km dengan sekali cas dan kelajuan maksimum sepantas 133 km/j menggunakan kuasa elektrik sahaja.

Pek bateri tersebut boleh dicas penuh selama 2.3 jam sahaja menggunakan pengecas 7.2 kW (ditawarkan sebagai pilihan) manakala pengecas standard 3.6 kW yang dibekalkan membolehkan bateri Cayenne mengambil masa hampir 8 jam untuk pengecasan penuh. 

 

 

Porsche menawarkan kemasan warna Acid Green yang khas kepada Cayenne E-Hybrid yang boleh dilihat menerusi lencana, angkup brek, serta jarum penunjuk pada takometer dan Sport Chrono. 

Pakej Sport Chrono dan Porsche Active Suspension Management kini merupakan peralatan standard yang didatangkan pada semua varian Cayenne E-Hybrid. 

Satu ciri canggih ialah Porsche Connect yang didatangkan menerusi aplikasi telefon pintar membolehkan pengguna mengawal suhu iklim Cayenne di samping mampu mencari dan menunjukkan arah stesen pengecasan yang terhampir. 

 


Antara aksesori pilihan yang ditawarkan termasuklah head-up display, pakej off-road serta Porche InnoDrive, sistem pemanduan pintar yang mampu melaraskan kelajuan, penukaran gear dan penggunaan bahan api berdasarkan data topografi dan had kelajuan yang diperoleh menerusi radar. 

Porsche Cayenne E-Hybrid bakal memasuki pasaran seawal 2019 dengan harga jualan bermula dari USD $80,950 (RM317,850)*.

Sumber: Autoblog

*berdasarkan pertukaran wang semasa

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…