Porsche Cayenne Coupe - khusus untuk mengacau BMW X6

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak puas dengan Cayenne dan Macan, Porsche kali ini menghasilkan satu lagi SUV tetapi yang lebih sporti dan yang memang nampak garang - Cayenne Coupe.

Berkongsi komponen dengan Cayenne biasa, Coupe menampilkan bentuk bumbung yang lebih agresif dan 30 mm lebih rendah. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiang A lebih rendah dan curam ala kereta sport dan tiang C di belakang sudah mirip sebuah coupe, seperti Audi Q8, BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE Coupe.

Memang dari segi rekabentuk, ia membuatkan SUV premium lain itu seperti kenderaan yang dipandu oleh pakcik-pakcik pencen.

 

 

Bumbung dengan cermin panoramik diberikan sebagai standard, dan untuk yang mahukan kelainan, item optional ialah bumbung carbon fibre yang lebih ringan.

Hanya mampu memuatkan empat penumpang (tempat duduk belakang 30 mm lebih rendah kerana bumbung sporti itu) tetapi jika anda mahu membawa tiga penumpang di belakang, gantikan dua tempat duduk itu dengan satu tempat duduk panjang biasa - dengan bayaran tambahan.

Atau beli Cayenne SUV biasa - yang lebih luas kerana Cayenne Coupe ini ialah untuk yang mahukan sesuatu yang agresif.

 

 

Dua pilihan enjin diberikan semasa pelancaran:

  • 3.0-liter V6 Turbo dengan 335 hp dan pecutan 0-100 kmsj dalam masa 6.0 saat serta halaju maksimum 243 kmsj.
  • 4.0-liter V8 twin turbo dengan 545 hp dan pecutan 0-100 kmsj dalam masa 3.9 saat serta halaju maksimum 286 kmsj.

Oh ya satu lagi yang menarik - dua spoiler yang menjamin menggegarkan iman sesiapa yang melihatnya. Satu di bumbung (seperti Cayenne Turbo) dan satu lagi di bahagian hujung bawah cermin belakang - di mana pada kelajuan 90 kmsj, ia akan bergerak keluar sepanjang 135 mm.

Porsche Active Aerodynamics (PAA), itu teknologi spoiler tersebut.

Hebat bukan?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…