Porsche Cayenne 2024 - apa yang baharu?

oleh HEZERI SAMSURI|
Porsche akhirnya menarik tirai model Cayenne mereka yang paling baharu.

Lebih kepada aktiviti facelift dari penggantian model sepenuhnya, Cayenne kali ini memaparkan gaya luaran yang lebih agresif, papan pemuka serba bahari dan pilihan trenkuasa yang menarik.

Ia dilancarkan secara rasmi di Pameran Auto Shanghai semalam dan untuk pasaran Malaysia, belum ada khabar berita bila ia akan mula ditawarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Luaran

cayenne GT

 

Lampu LED Matrix ditukar kepada bentuk yang lebih "tajam" sementara hud enjin serta fender sisi turut ditukar baharu.

Lampu belakang juga lebih dinamik dan nampak seragam sementara tiga warna baharu ditawarkan - Algarve Blue Metallic, Montego Blue Metallic dan Arctic Grey.

Untuk varian Cayenne Coupe, Porsche memberikan pilihan pakej Lightweight Sport yang membuatkan ia 32.6 kg lebih ringan. Porsche masih belum memberikan sebarang keterangan rasmi bagaimana ia dilakukan tetapi menurut firasat Careta, penggunaan komponen "carbon fibre" pasti wujud.

 

 

Dalaman serba baharu - penuh dengan skrin!

Papan pemuka atau "dashboard" Cayenne kali ini memang lebih gah dan jauh lebih cantik daripada adik-beradik yang lain di bawah payung yang sama (Audi, Bentley, Lamborghini, Volkswagen dan lain-lain).

Sebuah skrin melengkung 12.6 inci tercatuk kemas di hadapan pemandu, dan ia boleh ditukar aturannya.

Untuk bahagian tengah, skrin 12.3 inci untuk sistem infotainment diberikan dan menariknya, tuil gear terletak di antara skrin tengah dan skrin pemandu.

Bahagian penumpang hadapan juga diberikan skrin sebesar 10.9 inci dan membenarkan ia turut mengawal sistem pendingin hawa, selain dari kemampuan untuk melayan video dan sumber hiburan lain.

 

 

Trenkuasa lebih berkuasa

Trenkuasa bermula dari pakej standard 3.0L V6 dengan 353 PS dan 500 Nm, iaitu 13 PS dan 50 Nm lebih bertenaga.

Untuk Cayenne E-Hybrid, ia menggunakan enjin V6 turbo dengan motor elektrik yang menghasilkan 176 PS - memberikan gabungan tenaga sehingga 470 PS.

Saiz bateri hybrid juga meningkat dari 17.9 kWh kepada 25.9 kWh. Pengecaj terbina 11 kW AC pula menjadikan aktiviti mengecaj lebih pantas.

Cayenne E-Hybrid mampu bergerak dengan tenaga elektrik sahaja sehingga 90 km.

Cayenne S sudah tidak lagi dijanakan oleh enjin V6, tetapi dinaikkan kepada enjin biturbo 4.0L V8 dengan 474 PS dan 600 Nm. Daya pecutan sifar ke 100 kmsj mampu dilakukan dalam 4.7 saat sahaja sementara halaju maksimum ialah 273 kmsj.

 

 

Jika itu masih tidak mencukupi, Cayenne Turbo GT hadir dengan enjin 4.0L Biturbo V8 dengan 659 PS untuk memberikan pecutan 0-100 kmsj dalam masa 3.3 saat dan halaju maksimum, 305 kmsj.

Masih tidak laju? Mungkin anda sudah perlu membeli sebuah jet pejuang kerana dalam keadaan sekarang, tidak ada jalanraya untuk anda memandu lebih dari 300 kmsj dengan hati yang tenang.

Pengimport dan pengedar rasmi Porsche untuk Malaysia, Sime Darby Auto Performance masih tidak mengumumkan spesifikasi khusus untuk Malaysia dan bila model ini akan dilancarkan.

Adakah ia juga akan dipasang di Kulim, Kedah? Sama-sama kita nantikan.

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…