Porsche Cayenne 2023 facelift rasmi - 348 hp, 500 Nm, unit CKD, RM599,999

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance hari ini secara rasmi melancarkan SUV Porsche Cayenne 2023 facelift.

Cayenne CKD Kulim ini didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348 hp dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
 

Cayenne


Sistem gantungan dinaik taraf kepada unit penyerap hentak dua injap, dibantu dengan sistem Posche Active Suspension Management.

Secara standard, Porsche Cayenne 2023 ini membawakan unit lampu hadapan LED matriks, diikuti dengan unit lampu belakang yang telah diperbaharui.

Ciri lain yang dipertingkatkan termasuklah Kawalan Jelajah Adaptif, fungsi pintu tutup lembut, Power Steering Plus, rim 20 inci rekaan baharu, sistem bunyi Bose Surround, serta pengecasan peranti tanpa wayar.
 

Cayenne


Sementara papan pemuka kini dilengkapi dengan skrin kluster digital 12.6 inci, serta skrin infohibur 12.3 inci.

Pembeli boleh memilih untuk mendapatkan tiga warna menarik iaitu CHromite Black Metallic, Carrara White Metallic dan Quarzite Grey Metallic, diikuti pilihan warna kulit hitam atau merah untuk ruang kabin.
 

Cayenne


Porsche Malaysia turut menawarkan pakej aksesori Porsche Tequipment seperti pilihan rim 21 atau 22 inci, khemah bumbung, kotak bumbung, serta rak meletak basikal di bahagian belakang.

Porsche Cayenne 2023 CKD boleh didapati pada harga bermula dari RM599,999 dan boleh ditempah menerusi pautan mycayenne.online.

Pelanggan juga boleh berkunjung ke The International gallery di Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 7-8 Oktober dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang untuk melihat Cayenne baharu dengan lebih dekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…
Model Terbaharu
Didedahkan secara rasmi bertempat di acara pameran Auto Shanghai 2023, Cayenne 2024 didatangkan…