Porsche bikin trak pikap?

oleh Mohamad Hanif|
Segmen trak pikap berkuasa elektrik bakal dibanjiri dengan kehadiran pelbagai jenis model-model baharu, termasuklah kemasukan semula jenama Hummer yang pernah 'mati' satu ketika dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, bagaimana sekiranya sebuah jenama kereta sports yang tidak pernah memiliki kepakaran trak pikap tiba-tiba bikin trak pikap elektrik?

 


Gambar yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan hasil karya artis grafik Adel Bouras, yang menampilkan sebuah trak pikap berjenama Porsche, iaitu Porsche Traykan!

Adel memasukkan beberapa elemen Porsche pada rendering trak pikap elektrik ini termasuklah lampu utama LED quad-beam, rekaan front fascia yang elegan, dan lampu belakang yang tipis menyerupai kereta elektrik Porsche Taycan.

 


Adel turut mereka kaca bumbung yang turut bertindak sebagai kaca windscreen dan terdapat elemen berbentuk bilah yang menghubungkan antara kabin hadapan dan bed di belakang.

Ruang arca roda dihiasi dengan penggunaan cladding plastik dan set rim bersaiz besar menghuni keempat-empat ruang tersebut.

Malah, jika diletakkan bersebelahan, Porsche Traykan dilihat banyak berkongsi persamaan dengan model Cayenne, namun dengan penampilan yang lebih unik.

 


Sayang sekali, konsep ini hanya akan tinggal sebagai konsep kerana Porche tidak pernah diberitakan untuk menghasilkan sebuah model trak pikap elektrik seperti contoh yang kami berikan ini.

Namun, apa yang pasti, Porsche akan hadir dengan sebuah lagi model baharu iaitu Taycan Cross Turismo dengan bentuk badan wagon menjelang tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…