Porsche berjaya jual 20,015 unit Taycan tahun lalu!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun ada yang skeptikal dengan produk berkuasa elektrik pertama dari Porsche, model sedan Taycan tersebut nampaknya terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahu 'lari' dari mencemarkan alam sekitar.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Untuk tahun 2020, Porsche telah berjaya menjual sebanyak 20,015 unit Taycan di seluruh dunia, tidak begitu jauh jika dibandingkan dengan model 718 Boxster dan 718 Cayman (21,784 unit).

Ini merupakan satu angka yang cukup impresif untuk tahun 2020 di mana kebanyakan pengeluar rata-ratanya terjejas teruk akibat COVID-19 yang mengakibatkan fasa produksi dihentikan buat sementara waktu.

Secara perbandingan, model yang paling laris terjual adalah Porsche Cayenne, dengan angka jualan 92,860 unit berjaya dihantar kepada pelanggan, sementara model ikonik 911 dijual sebanyak 34,328 unit untuk tempoh yang sama.

 


Prestasi Porsche untuk tahun 2020 dikatakan menurun 3 peratus (272,162 unit) di peringkat global menyaksikan penurunan jualan di pasaran Amerika Syarikat sebanyak 7 peratus (57,294 unit), sementara beberapa pasaran mencatatkan peningkatan jualan seperti di China, Afrika dan Timur Tengah.

Setakat ini, Porsche Taycan 4S merupakan varian paling asas untuk sedan elektrik tersebut, namun Porsche dikatakan sedang membangunkan varian Taycan yang lebih mampu milik, serta sebuah varian bumbung yang lebih panjang dikenali sebagai Porsche Taycan Cross Turismo.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada jumlah tersebut, 36,574 unit telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah, dengan kenaikan…
Berita Global
Menariknya, untuk pembangunan model roadster EV ini Polestar menggunakan dua buah model jenama…
Berita Global
Sudah lebih tiga tahun, kini sebanyak 100,000 unit Porsche Taycan telah berjaya disempurnakan…