Porsche berjaya jual 145,860 unit kenderaan separuh pertama 2022 (1H, 2022)

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, Porsche secara keseluruhan telah berjaya mengedarkan 145,860 unit kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia, atau penurunan sebanyak lima peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ini adalah berikutan beberapa masalah yang terpaksa dihadapi termasuklah peningkatan kes COVID di negara China, masalah rantaian bekalan dan juga logistik.

Sepanjang tempoh yang sama, pasaran Eropah mencatatkan jualan sebanyak 43,087 unit (naik 7%), di mana 13,785 unit disumbangkan oleh negara Jerman (peningkatan 5%).

Biarpun berdepan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, pasaran China masih lagi mampu menyumbang jualan sebanyak 40,681 unit, dengan penurunan sebanyak 16 peratus.

Namun secara keseluruhan, Porsche telah berjaya mengedarkan sebanyak 62,245 unit kenderaan bagi rantau Asia-Pasifik, Afrika dan Timur Tengah, dengan penurunan angka jualan sebanyak 10 peratus.

SUV masih lagi mendominasi jualan Porsche, di mana model Cayenne merupakan model yang paling laris terjual dengan 41,947 unit berjaya diedarkan, diikuti oleh Porsche Macan (38,039 unit).

Disebabkan oleh masalah bekalan, model elektrik Porsche Taycan hanya sekadar mencatatkan angka 18,877 unit, jauh di belakang Porsche 911 (21,616 unit).

Berita Berkenaan

Berita Global
Tatkala model tersebut kini menjadi buruan di kalangan para pengumpul model-model klasik Porsche,…
Berita Global
  Mahkamah Wilayah Munich menjanjikan hukuman lebih ringan kepadanya jika membuat pengakuan…
Berita Global
Luaran   Lampu LED Matrix ditukar kepada bentuk yang lebih "tajam" sementara hud enjin serta…