Porsche berjaya jual 1,000 unit Taycan di Norway!

oleh Mohamad Hanif|
Norway memang terkenal antara negara yang sangat mesra dengan kehadiran kenderaan elektrik, di mana kerajaan mereka sendiri sanggup memberikan pelbagai jenis insentif bagi menggalakkan pemilikan EV di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak menghairankan apabila negara tersebut berjaya mencapai sasaran penjualan 50 ribu unit EV tiga tahun lebih awal berbanding jangkaan asal.

Disebabkan sambutan yang cukup baik itu jugalah menyebabkan Porsche sudah pun berjaya menjual kira-kira 1,000 unit sedan elektrik Taycan di negara tersebut.

 


Pemilik Taycan yang ke-1000 itu bukanlah asing dengan jenama Porsche, malah Thomas Røed sebelum ini pernah memiliki lima unit model daripada jenama Jerman tersebut.

Beliau dalam satu temubual berharap Taycan mampu memberikan karakteristik pengalaman pemanduan yang sama macam model Porsche yang terdahulu.

 


"Saya dengar Taycan boleh beraksi dengan baik, dan saya tidak sabar untuk mengujinya di jalan-jalan gunung."

Namun, Thomas tidaklah membeli Taycan semata-mata kerana prestasinya.

"Fokus saya bukanlah untuk menjadi yang terpantas, saya lebih kepada seorang yang suka berkelana, jadi keseronokan pemanduan setiap hari adalah lebih penting bagi saya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…