Porsche beli pegangan saham di dalam Rimac Automobili

oleh Mohamad Hanif|
Porsche kini telah membeli pegangan kecil di dalam syarikat Rimac Automobili, syarikat daripada Croatia yang bertanggungjawab memperkenalkan hypercar Concept One dan C_Two EV serta bertanggungjawab membekalkan peralatan berkaitan kepada Koenigsegg, Jaguar dan Renault.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut CEO Mate Rimac yang kekal sebagai pemegang utama pegangan di dalam syarikat tersebut berkata, langkah tersebut merupakan salah satu strategi Rimac untuk menjadi pembekal teknologi EV terulung di dalam dunia.


Porsche berharap dengan pembelian pegangan di dalam Rimac akan mencetuskan kerjasama di antara kedua jenama tersebut, walaubagaimanapun perincian kerjasama tersebut masih belum diumumkan oleh kedua-dua syarikat tersebut. 

Sepertimana yang kita semua maklum, Porsche dijangka bakal melancarkan kereta elektrik pertama mereka, Taycan berkuasa 600 bhp yang disalurkan oleh dua motor elektrik setiap gandar dan mampu memecut sepantas 3.5 saat dari pegun ke 100 km/j.

Mungkin dengan pegangan Porsche di dalam Rimac, kita semua mungkin bakal menyaksikan gabungan kedua jenama tersebut mampu menjadikan Taycan lebih berprestasi berbanding spesifikasi awalan yang dikeluarkan oleh Porsche. 

Sumber: TopGear

Berita Berkenaan

Berita Global
Kampus yang bakal dibina oleh Rimac ini bakal memiliki keluasan sekitar 70,000 meter persegi yang…
Berita Global
Ini merupakan suntikan ketiga yang dilakukan oleh Porsche terhadap syarikat Rimac susulan…
Berita Global
Video tersebut dimulakan dengan babak mesyuarat oleh pasukan pembangun Rimac yang membincangkan…