Porsche beli 50 peratus pegangan Red Bull untuk kempen F1

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: WTF1
Berita berkenaan kemasukan jenama Porsche ke dalam sukan berprestij F1 nampaknya menjadi kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan dokumen yang diterbitkan oleh Conseil de la Concurrence, jenama automotif Jerman itu akan menjalin kerjasama dengan pasukan Red Bull yang menyaksikan 50 peratus pegangan di dalam Red Bull Technology kini dipegang oleh Porsche.

Kerjasama ini bakal membolehkan kedua-dua pihak membangunkan unit kuasa bagi memenuhi peraturan enjin baharu F1 pada tahun 2026.

Pasukan Red Bull pada ketika ini menggunakan unit enjin yang disumberkan oleh Honda, dan menubuhkan satu operasi baharu yang digelar Red Bull Powertrains Limited.

Honda meninggalkan F1 pada akhir musim 2021.

Porsche bukan satu-satunya jenama Volkswagen Group yang berminat untuk menyertai F1, memandangkan terdapat laporan yang menyebut Audi akan membuat langkah yang serupa.

Sumber: Motorsports.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…