Porsche bakal perkenal super SUV Cayenne Coupe - amaran kepada Urus, Bentayga

oleh Mohamad Hanif|
Porsche dijangka akan memperkenalkan super SUV yang mampu untuk melawan kehebatan prestasi yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing seperti Lamborghini Urus dan Bentley Bentayga Speed.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Autocar, model super SUV ini bakal menjadi versi tertinggi di dalam barisan model Cayenne, serta hadir dalam bentuk eksklusif Cayenne Coupe yang menawarkan keseimbangan prestasi serta dinamik pemanduan.

 

 


Selain daripada itu, ia juga bakal menjadi model Cayenne yang paling berkuasa pernah dihasilkan dengan angka output sehingga 631 hp dan daya kilas 849 Nm yang diesktrak daripada enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar.

Menurut jurutera yang bertanggungjawab membangunkan varian terbaharu Cayenne, Rico Löscher memberitahu, "kelebihan menggunakan badan Coupe adalah ia lebih ringan, serta titik graviti yang lebih rendah. Tujuan kami adalah untuk menghasilkan Cayenne yang bukan sahaja lebih berkuasa, akan tetapi Cayenne yang paling sporti.

 


Cayenne Coupe ini dijangka menampilkan ciri aerodinamik aktif (diperbuat daripada gentian karbon) yang merangkumi pemasangan lip spoiler hadapan, liang udara yang lebih besar, spoiler bumbung serta tidak ketinggalan diffuser belakang yang menempatkan tip ekzos berkembar di tengah.

Butiran berkenaan modifikasi terhadap enjin masih lagi rahsia, namun Autocar berjaya mengesahkan beberapa ciri seperti naik taraf sistem ekzos titanium, perisian pengurusan enjin baharu, serta perisian transmisi dan sistem pacuan semua roda yang lebih bias kepada gandar belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia bukanlah perkara main-main, memandangkan Porsche baru-baru ini selesai memecahkan rekod baharu…