Porsche bakal lancar Taycan dalam masa terdekat - sumber

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah menyiarkan laporan berkenaan kehadiran kenderaan elektrik dari Porsche yang bakal membuat kemunculan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran berita daripada sumber yang menyatakan model Taycan tersebut bakal dilancarkan dalam masa terdekat tidak lama lagi. 

Kemasukan model elektrik ini adalah selari dengan langkah Porsche memperkembangkan lagi pengaruh kuat mereka di Malaysia, memandangkan pada tahun ini pusat pameran 4s keempat Porsche bakal beroperasi di Johor Bahru. 
 


Dari segi spesifikasi, Porsche Taycan ditawarkan dalam empat varian utama iaitu: 

  • Taycan 4S (523 hp, 640 Nm, 407 kilometer)
  • Taycan 4S Battery Performance Plus (563 hp, 650 Nm, 463 kilometer)
  • Taycan Turbo (671 hp, 850 Nm, 450 kilometer)
  • Taycan Turbo S (751 hp, 1,050 Nm, 412 kilometer)

Disebalik casis Taycan, Porsche menggunakan sistem kawalan tunjang bagi menganalisa dan menyelaras sistem aktif seperti suspensi udara adaptif, Porsche Active Suspension Management, Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport) dan juga Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus).
 


Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Normal, Sport dan juga mod Range yang memberikan keutamaan kepada jarak operasi yang optimum mengikut keadaan semasa kenderaan. 

Seperti yang kami paparkan sebelum ini, ruang dalaman Porsche Taycan lebih memfokuskan kepada pemandu (driver focused) di mana terdapat sistem infotainmen bersaiz 10.9 inci, skrin paparan opsyen untuk penumpang dan juga ciri arahan suara "Hey Porsche" turut tersedia. 
 


Sistem teras berkuasa 800 voltan dengan gandingan pek bateri 93.4 kWh membolehkan sistem pengecasan 270 kW mencapai 80 peratus kapasiti bateri dalam masa 22 minit setengah. 

Manakala sistem pengecasan pantas DC 150 kW pula hanya mengambil masa kira-kira 36 minit untuk mencapai kapasiti 80 peratus, manakala sistem pengecasan 9.6 kW (240 V) perlu menunggu sehingga 11 jam. 

 


Setakat ini tidak dapat dipastikan varian yang manakah bakal dibawakan oleh Porsche, namun mengikut kepada turutan pelancaran rasmi, besar kemungkinan model Taycan Turbo atau Taycan Turbo S bakal dibawa masuk terlebih dahulu. 

Bayangkan jika Porsche memasang model-model ini secara pemasangan tempatan (CKD)...

Hmmm.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita…
Berita Domestik
Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…