Porsche bagi bonus besar, namun galakkan staff derma untuk tabung COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Ditengah-tengah kebangkitan jumlah pesakit yang semakin meningkat akibat COVID-19, isu ini juga turut sama menyebakan operasi kebanyakan para pengeluar automotif tergendala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini juga turut memaksa syarikat ini mengambil beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan aliran wang, seperti menutup operasi kilang pemasangan buat sementara waktu dan memberhentikan khidmat sesetengah pekerja.

Porsche turut sama mengumumkan penutupan sementara fasiliti pemasangan di Zuffenhausen dan Leipzig sehingga paling awal 14 April ini.

Selain daripada itu, Porsche juga turut mengumumkan pengagihan bonus bernilai $9,800 (RM42,508) kepada para pekerjanya, berikutan pencapaian yang cemerlang di Amerika Utara pada tahun lalu.

2019 mencatatkan jumlah jualan Porsche meningkat 7.6 peratus, dan diterjemahkan kepada 61,568 unit kenderaan setahun.

Selain daripada pemberian bonus, Porsche juga turut menggalakkan (baca: merayu) para pekerja yang menerima bonus tahunan ini supaya menderma kepada tabung COVID-19.

Ini kerana Porsche ingin meningkatkan nilai sumbangan berjumlah sehingga $5.4 juta (RM23 juta) kepada mereka yang memerlukan seperti bank makanan dan juga syarikat pembekal barangan perubatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…