Porsche Australia panggil semula Macan atas risiko kebocoran bahan api

oleh HEZERI SAMSURI|
Porsche Cars Australia memanggil semula (recall) sebanyak 5,328 unit model Macan di sana atas risiko kebocoran bahan api.

Menurut laporan CarAdvice.com.au, penutup servis untuk pam bahan api berkemungkinan terkena dengan bibir penapis bahan api (fuel filter flange) jika tempat duduk belakang digunakan.

Ini mungkin akan merosakkan bibir penapis tersebut dan menyebabkan kebocoran.

Model-model yang terbabit ialah Macan, Macan S, Macan GTS dan Macan Turbo dari tahun 2014 sehingga 2019.

Tidak ada kes kebarakan yang berpunca dari masalah ini dan pemilik Macan di sana telah dihubungi melalui surat.

Porsche juga menasihatkan sekiranya ada terbit bau bahan api, kenderaan itu perlu diparkirkan segera dan pemilik perlu terus berhubung dengan Porsche.

Kami sedang memeriksa samada isu yang sama melanda pemilik Macan di Malaysia atau tidak.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah tersebut mampu menyebabkan kenderaan untuk berhenti secara tiba-tiba ketika pemanduan.…
Berita Global
Pihak BMW Motorrad telah mengenalpasti model-model terbabit dan akan memanggil semula unit-unti…
Berita Global
Hal ini disedari oleh badan permotoran Jerman, FDM ketika mereka sedang menguji sebuah  model XC60…