Porsche 964 EV - projek restomod dari Everrati, harga dari RM1.47 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche dalam perbentangan perancangan elektrifikasi barisan modelnya baru-baru ini memberikan jaminan bahawa model kereta sports 911 bakal menjadi kereta terakhir yang akan dielektrifikasikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun bagi mereka yang mahukan sentuhan yang lebih mesra alam sekitar pada model ikonik itu, Everrati kini menawarkan pakej restomod dengan menggantikan trenkuasa sedia ada kepada trenkuasa elektrik sepenuh masa.

 


Menerusi siri 'Signature', Everrati memperlihatkan projek restomod sebuah Porsche 911 generasi 964 tahun 1991 yang mampu bergerak sejauh 241 km, pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang empat saat dan motor elektrik berkuasa 500 hp.

Menariknya, teknologi kejuruteraan yang digunakan oleh Everrati membolehkan trenkuasa EV itu tadi boleh digantikan semula dengan enjin asal mengikut spesifikasi kilang.

Proses restomod ini dimulakan dengan membuka kesemua panel badan asal 964, di mana casis monocoque itu tadi akan menjalani proses water-blasting dan diperiksa dengan teliti.

 


Setelah itu, casis 964 ini tadi akan dikimpal, diperkuatkan dan dipertingkatkan supaya ia mampu menampung pertambahan trenkuasa EV yang bakal dimuatkan selepas ini.

Menurut pengarah kejuruteraan Mike Kerr, mereka bukan sekadar menggantikan trenkuasa asal dengan motor elektrik dan pek bateri, malah pasukan itu juga memastikan pengagihan berat badan dioptimasikan, beserta respons casis dan tahap keselamatan supaya prestasi yang bakal dihamburkan itu menyamai semangat dan jiwa model 911 yang asal.

Pihak Everrati juga turut bekerjasama dengan bekas juara BTCC dan Porsche Carrera Cup Driver, Tim Harvey untuk menetapkan kembali karakteristik pengendalian 911 EV ini.

 


Sistem suspensi asal pada bahagian belakang dikekalkan, namun pihak pembangun telah mempertingkatkan prestasi dengan menambah drop-link dan bushing pada bahagian tersebut.

Malah, pembeli juga boleh memilih untuk mengekalkan suspensi standard (dengan gegelung spring boleh laras) atau sistem suspensi boleh laras sepenuhya serta peredam boleh laras.

Bentuk badan asal 911 generasi 964 masih lagi dikekalkan, namun Everrati telah menggantikan hampir kesemua panel badan dengan menggunakan bahan gentian karbon, termasuklah panel depan, panel suku belakang dan pintu, sementara bampar depan dan belakang pula menggunakan komponen original Porsche.

 


Aspek keselesaan penumpang dipertingkatkan dengan penambahan tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik daripada Porsche, sistem infotainmen Porsche Classic Communications Management, serta gugusan meter yang diinspirasikan daripada rekaan asal Porsche.

Harga untuk sebuah Porsche 964 EV ini bermula dari £250,000 (RM1.47 juta), bergantung kepada kondisi kereta penderma serta kerja-kerja restorasi yang perlu dilakukan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…