Porsche 911 Turbo S - enjin 3.8 liter flat-six turbo berkembar, 641 hp, 800 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelapan Porsche 911 (atau Porsche 992) kini menerima penambahan dua model baharu Turbo S setelah memperkenalkan model-model yang kurang berkuasa Carrera, Carrera 4, Carrera S dan juga Carrera 4S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah model yang lebih bertenaga, Porsche 911 Turbo S ini hadir dengan enjin serba baharu 3.8 liter flat-six turbo berkembar yang mampu menjana 641 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas. 
 


Dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar lapan nisbah kelajuan, ia mampu memecut sepantas 2.7 saat dari 0-100 km/j, selain mampu memecut 193 km/j dalam masa 8.9 saat sahaja. 

Kelajuan tertinggi? 330 km/j terima kasih kepada sistem pacuan semua roda dan dibantu dengan sistem suspensi aktif dan sistem stereng roda belakang sebagai ciri standard. 
 


Selain daripada trenkuasa serba baharu, Porsche turut memberikan tumpuan kepada casis, di mana dimensi Porsche 992 ini kini bertambah lebar 20 mm di bahagian belakang dan 45 mm di hadapan. 

Berat juga bertambah sebanyak 50 kg, namun ia telah diseimbangkan dengan pertambahan kuasa seperti yang disebutkan di atas. 
 


Untuk pertama kalinya, Porsche menggunakan saiz rim yang berbeza untuk bahagian hadapan dan belakang, dengan penggunaan tayar bersaiz 255/35 membaluti rim 20 inci hadapan, dan tayar 315/30 yang membaluti rim 21 inci di belakang. 

Ruang kabin telah dipertingkatkan dengan beberapa elemen sebagai tanda homaj kepada model original 930 Turbo seperti rekaan jahitan khas, roda stereng GT Sports, grafik pada sistem paparan dan beberapa tambahan lain. 
 

 
Harga jualan untuk model pantas Porsche 911 Turbo S ini bermula dari $203,500 (RM855,406) untuk model Coupe dan $216,300 (RM909,210) untuk model Cabriolet.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Menariknya, beliau tidak memilih untuk bermalam di hotel mewah yang berdekatan.   Sebaliknya…