Porsche 911 Sport Classic 2023 - 911 moden dengan inspirasi daripada model era 60-an, 70-an

oleh Mohamad Hanif|
Porsche membawakan penawaran terbaharu bagi model 911 di bawah strategi Heritage Design, dan dihasilkan di bawah program Porsche Exclusive Manufaktur - Porsche 911 Sport Classic.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan luaran model 911 Sport Classic ini diinspirasikan daripada model asal 911 tahun 1964-1973, serta model 911 Carrera RS 2.7 tahun 1972, dengan menampilkan dimensi badan yang lebar, spoiler ekor itik, dan rekaan bumbung jenis double-bubble.
 

911 Sport Classic


Pembeli boleh memilih untuk mendapatkan kemasan warna Sport Grey Metallic dengan jalur grafik berkembar pada bahagian bonet, bumbung dan juga spoiler belakang, atau warna-warna lain seperti hitam solid, Agate Grey Mettalic, Gentian Blue Metallic, atau menggunakan khidmat Paint to Sample.

Sementara ruang dalaman pula menampilkan corak ikonik Pepita pada bahagian panel pintu, bahagian tengah tempat duduk, diikuti dengan upholsteri kulit semi-aniline dua tona (Black/Classic Cognac).
 

Sport Classic


Dari segi kuasa, Porsche 911 Sport Classic merupakan Porsche 911 yang paling berkuasa, membawakan nadi flat-six 3.7 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 550 PS, dipadankan dengan transmisi manual tujuh nisbah kelajuan yang memacu roda belakang sahaja.

Kotak gear tersebut mempunyai fungsi auto-blip, sementara sistem ekzos sports standard pula ditala khusus bagi menghasilkan runut bunyi yang lebih beremosi.

Sistem gantungan pula adalah standard Porsche Active Suspension Management (PASM) dengan jarak kelegaan tanah 10 mm lebih rendah, di mana unit penyerap hentaknya mampu memberikan respon kepada perubahan dinamik dalam sepantas kilat.
 

jam tangan


Tidak cukup dengan itu, Porsche Design juga turut menghasilkan jam tangan chronograph berkualiti tinggi eksklusif dan membawakan pelbagai butiran terperinci daripada model 911 Sport Classic.

Porsche hanya menghasilkan 1,250 unit sahaja Porsche 911 Sport Classic, namun pakej elemen klasik ini juga akan ditawarkan pada model-model 911 generasi terkini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo…
Berita Global
  Apa yang menarik tentang Theon Design ialah mereka mengekalkan identiti yang membentuk Porsche…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…