Porsche 911 spesifikasi off-road berjaya daki gunung berapi aktif tertinggi di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Kejayaan Porsche 911 di dalam rali Paris-Dakar lebih 30 tahun yang lalu telah mengilhamkan beberapa syarikat penala seperti Singer dan RUF untuk tampil dengan interpretasi moden 911 dengan spesifikasi rali off-road.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Baca: RUF Rodeo Concept

Baca: Singer All-Terrain Competition Study

Kini, Porsche sendiri tampil dengan dua buah 911 yang telah diubahsuai untuk mendaki puncak gunung berapi aktif.
 

911


Ia bukan sekadar puncak gunung berapi aktif, akan tetapi puncak gunung berapi tertinggi di dunia Ojos del Salado yang terletak di Chile.

Diketuai oleh pelumba lagenda Romain Dumas, kedua-dua Porsche 911 itu berjaya mencapai ketinggian 6,007 meter biarpun terpaksa berdepan dengan halangan batuan dan suhu serendah negatif 30 darjah Celcius!
 

911


Untuk memastikan Porsche 911 tersebut berupaya mendaki laluan yang mencabar itu, Porsche telah memasang gandar portal baharu yang membolehkan jarak kelegaan tanah ditinggikan kepada 350 mm.

Perubahan itu juga dikatakan mampu menawarkan sudut-sudut off-road yang jauh lebih baik berbanding model Porsche 911 jalanan standard.
 

911


Selain itu, ia juga telah dipasangkan tayar off-road selebar 12.2 inci, sangkar keselamatan, tempat duduk gentian karbon, dan sistem abah-abah keselamatan.

Para jurutera turut memasang komponen perlumbaan 'Porsche Warp-Connecter' yang sangat membantu pemanduan Porsche 911 tersebut terutama di bawah kondisi artikulasi yang ekstrem.
 

Porsche


Nampak macam kedua-dua model tersebut telah menjalani modifikasi ekstrem, akan tetapi Porsche sebenarnya masih lagi mengekalkan spesifikasi trenkuasa standard kilang.

Enjin flat-six 3.0 liter turbo yang diperoleh daripada model 4S berkuasa 443 hp itu langsung tidak diubahsuai dan digandingkan dengan transmisi manual tujuh nisbah kelajuan.
 

Porsche


Akhir sekali, kedua-dua jentera off-road ini dilayangkan dengan liveri perlumbaan yang berbeza, satu daripadanya memakai grafik perlumbaan yang terdapat pada jentera 963 LMDh, manakala sebuah lagi dilayangkan liveri 911 yang direka oleh pasukan Porsche di Weissach.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kedua-dua kasut itu diinspirasikan daripada model 911 S/T serta model asal 911 S(T) yang lebih…
Berita Global
  Fokus Theon Design ialah 911 (964) dan projek terbaru ini menggunakan model C4 1990. Perkakasan…
Berita Global
Setakat ini, pengeluar Jerman itu sudah pun mempunyai model elektrik sedan dan wagon Taycan yang…